SeDih keRana berJauhan deNgan keluaRga, itulah haRga sebuah peRjuangan hidup. SeDih keRana teRingatkan amaLan keRana masih di baWah kaki buKit, elokLah di tingkaTkan dalam masa kita masih teRsedaR ini. Sedih keRana maCam-maCam ujian yang menimpa diri, itulah haRga untuk Tiada Tuhan seLain ALLAH...

Wednesday, December 31, 2008

Terima Kasih

salam kepada semua sahabat, salam ukhwah fillah, an harap sedikit sebanyak ilmu yang ada dalam blog ini berguna untuk para sahabat.. apa yang an dapat ini diperolehi dari banyak sumber seperti email, fs, buku dan sebagainya. ada juga kawan-kawan an yang bagi, dari an simpan sorang2 lbh baik an kongsi dengan sahabat2 semua.

sebelum ni an bercuti jadi tak ada masa nak update blog ni...(kat rumah lagi sibuk rupanya :-)) cuti hari tu an mengajar jawi... hmmm kita ingat jawi ni senang sgt2 tp bila berdepan dengan belajar kdg2 an confuse gak ejaan jawi ni... tapi nasib baik berbekalkan ilmu sedikit sebanyak dan buku panduan dapat membantu... happy sangat bila dapat tolong adik2.. student kat dalam kelas macam2 ragam ada yang xpandai baca tapi pandai tulis dan ada yang sebaliknya dan lagi mencabar tak pandai kedua2nya. tp diaorang ni ada semangat nak belajar, berani untuk mencuba...

ok la kalau ada masa an citer lagi... sekarang ni pun busy gak, jenguk2 kejap jer...
Salam 'alaikum.

Tuesday, December 30, 2008

DUA TIPS MENCAPAI MARTABAT TAQWA DI SISI ALLAH



Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di Istanbul, timbul pertanyaan siapakah yang layak untuk menjadi imam. Muhammad Al-Fateh memerintahkan semua tentera, termasuk dirinya untuk bangun. Baginda pun lantas berkata : " siapa di antara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini tidak pernah meninggalkan solat fardhu, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, menandakan tiada seorang pun di antara mereka yang pernah meninggalkan solat fardhu.

Muhammad Al-Fateh berkata lagi : " siapa antara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan soalt sunat Rawatib, sila duduk!", kali ini sebahagian tenteranya duduk.

Muhammad Al-Fateh meneruskan pertanyaan untuk kali ketiga :"siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan sembahyang tahajjud, sila duduk!" kali ini seluruh tenteranya duduk kecuali seorang iaitu Muhammad Al-Fateh sendiri. Dilah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat sunat tahajjud sejak baligh. Beliau merupakan anak didik Shamsuddin Al-Wali dan ketua yang teah disyaratkan oleh Rasulullah s.a.w..

Daripada kisah Muhammad Al-Fateh dan tenteranya itu membawa mesej bagaimanauntuk seorang muslim memperolehi darjat taqwa yang tertinggi di sisi Allah S.W.T.. Antara kuncinya ialah berguru dengan guru mursyid dan sentiasa memelihara solat tahajjud (malam). Jadi, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan dua perkara ini untuk menuju ketinggian taqwa di sisi Ilahi.

Monday, December 22, 2008

Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Wednesday, December 10, 2008

ISLAMIC CARES

LARANGAN-LARANGAN TERHADAP AMALAN PERBUATAN DAN
KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN


1) Tidak boleh sama sekali bersetubuh ketika berada didalam terlalu
kenyang
atau terlalu lapar.

2) Mandi setelah makan.

3) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.

4) Berada dalam keadaan terlalu lapar.

5) Berjaga malam selain dari qiamullail.

6) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1) Memakan daging.

2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.

3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana bersetubuh.

4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.

5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau
terlalu kenyang.

6) Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1) Bercakap banyak.

2) Tidur banyak

3) Makan banyak.

4) Banyak bersetubuh.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

1) Banyak bersetubuh.

2) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.

3) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.

4) Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (air
masak).

2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1) Tinggalkan dari bercakap kosong.

2) Sentiasa bersugi.

3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE
DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman,hendaklah anda
tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu,kemudian ambil dan buangkan lalat itu.

Ianya tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI
PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN


1) Melihat pekara-pekara yang haram.

2) Melancap.

3) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.

4) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.

5) Tidak membaca Al-Quran.

6) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara
yang haram.

7) Mengumpat dan mengata.

8) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.

9) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).

10) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.

11) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.


LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1
) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.

2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.

3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah
hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN
UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR
DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :

1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.

2) Selepas bersetubuh.

3) Selepas makan atau sebelumnya.

4) Ketika sedang makan.

5) Selepas memakan buah-buahan.

6) Selepas keluar dari bilik mandi.

7) Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00
atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.

2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00,kemudian
bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.

3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.

4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri
di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat
hadam makanan.
Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.

2) Selepas masuk waktu Asar.

3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkenaseparuh dari
badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.

2) Merosakkan warna kulit.

3) Melemahkan jantung.

4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.

5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.

6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,tangan dan kaki sebelum
masuk tidur.

2) Hindarkan dari tidur lewat malam.

3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari
tidur sebelum turun dari katil.

4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan
tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.

5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.

6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

1) Banyak melakukan persetubuhan.

2) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.

3) Banyak minum air di waktu pagi.

4) Banyak memakan atau meminum yang serba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

1) Merokok yang berterusan.

2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).

3) Kurang tidur.

4) Sentiasa mandi di tengah malam.

5) Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalusejuk.

6) Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN

1) Melihat kepada benda-benda kotor.

2) Melihat kepada palang +/salib.

3) Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.

4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.

5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.

6) Banyak menangis.

"iman sihat, otak cerdas" ;)

Friday, November 28, 2008

PETUA DAN NASIHAT

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).

Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong,dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullai (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rusaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Tuesday, November 25, 2008

RAHSIA AIR MATA WANITA

"Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Thursday, November 20, 2008

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di te mpat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hing ga sembahyang
yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Monday, November 17, 2008

PerSahabatan

1. Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasan kita.Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun,tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat.Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan.
2. Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.
3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabat mu.
4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman,tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran.
5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan.Dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.
6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.
7. Kalau sahabat mu tertawa,hendaklah dikatakan apa sebab dia senang , kalau sahabat mu menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia susah.
8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat mu,bererti memberikan kepada diri mu sendiri.
9. Pengubat jerih manusia adalah dua: pertama: Iman kepada Allah, kedua: Percaya kepada sahabat.
10. Bila orang telah merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.
11. Kalau sahabat mu telah banyak menyelidiki keadaan engkau, bukanlah buat diampuninya.
12. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang itu.
13. Cemburu perempuan kepada perempuan,memutuskan tali persahabatan.
14. Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan, alamat umur mu telah lepas dari zaman bercinta.

Sunday, November 16, 2008

Anda Marah???

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

**Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.
-ann-**

Saturday, November 15, 2008

salam ukhwah untuk semua sahabat... kini setelah selesai semua baru an berkesempatan untuk mengarang sepatah dua kata untuk blog an.... post2 yg sblm ni xsepenuhnya an karang, an edit xpun copy jer dr artikel2 yg an dpt.... dunia kuliah dunia assigment an dh berakhir...musim exam pun dh berakhir...sekarang an menghitung jam untuk kembali ke pangkuan ayah bonda yang sudah pasti sentiasa menanti kepulangan an...

selepas ni xtau bila lak an dpt post kt blog ni... cuti lagi sibuk... lgpun cuti hujung tahun an kena mengajar.. kelas intensif utk adik2 yg nk msuk tingkatan satu... thn2 sebelum ni an pegang subjek Insya' (Ta'abir), tp thn ni an ingat nak amek subjek Quran lak... coz sem ni an amek subjek tartil al-Quran, jd blh la praktis sedikit sebanyak.... mengajar time cuti ni bgus gak...jd xdpt la nk teruskan jadual harian cm mse bdk sekolah dlu...klau cuti jer makan+tido... jadual harian tetap...lbh tepat lg klau time cuti 2 an kte senaman utk menambahkan berat badan....hehe

kepada semua sahabat yg dekat @ yg jauh... an nk mintak maaf salah silap... sama ada kesalaahn yg an buat 2 sengaja atau xsengaja... klau ada salah 2 tegur la ek...an sedia menerima teguran...

Friday, November 14, 2008

dah habis exam xtau nak watper la pulak...boring... nk study mmg malas dh... lps exam td kuar dgn kwn jln2 bli brg ckit nk wat blik kg....
boring nk tunggu mse nk blik kg... xtau nk watper bila dh siap pack brg2... tdo je la..tp sblm 2 an buka blog jap...huhu ni hr terakhir an kt cni...n kali terakhir gak leh tgk blog... mesti rindu... huhu... klau berkesempatan an post lg time cuti nt... doakan an selamat sampai yer...xsabar nk jumpa family....
sblm 2 an nk kongsi la sedikit sebanyak apa yg an ada dgn sahabat.. klau bukan ilmu pun sedikit cerita.... an nak citer sal adik bongsu an... adik bongsu an ni lelaki umo 11 tahun... darjah 5...tp thn depan darjah 6...UPSR.. dia bleh naik kls... adik an ni manja sgt... mse dia darjah 3 mak an yg uruskn semua hal dia sampaikan stokin pun mak pakaikan..kalau x, xg sekolah la jawabnya... mak an lak rajin melayan lgpun 2 anak bongsu... (cam jeles jer...xla, xjeles pun coz an tahu kasih sayang mak an xpernah berbelah bagi, adil utk semua anaknya).... pas tu satu lg perangai adik an ni penakut... Tuhan je tahu... mmg penakut giler (takut sgt bkn tkut jd giler)... klau siang pun mcm mlm...mandi berteman... tp yg paling an suka dia rajin wat keje sekolah...blik sekolah lps mandi,solat and makan dia mesti wat keje sekolah dlu... xmacam adik beradik yg lain...termasuk la an...mst nk tdo..hehe...
nk citer mse an cuti thn lps...mak an xberapa sihat an yg uruskn dia g sek...mula kejut dia bangun tido... mse 2 ok lg.... dia mandi, an pkaikan baju sume la sarapan semua... pas 2 dia ckp dia penat nk g sekolah dengan basikal, an ckp la xpe nt abg(adik an yg tingktn 3) g hantar dgn motor... ok la...dia pkai kasut... klau dgn an dia xberani nk ngada2 stokin pkai sendiri...hehe garang kot... pas 2 xsiap lg pkai kasut...dia ckp sakit perut.. g la toilet.. lama tggu xmuncul2..dlm hati an (ni mst kes malas g sekolah la ni, alasan...)an pggil, dia pkai kasut abg dh start moto pas 2 kuarlah ayat dr mulut dia 'man mls g sekolah hr ni...' akhirnya keluar gak ayat 2..an tny la naper... dia ckp malas la... an paksa dia g... sampai naik moto dia nk turun an pegang kt belakang...tp silap an pegang bag... dia rasa dia lps dia lari... msuk dlm semak... hmmm penakut2 pun dlm semak berani lak, krn xnk g sekolah... mak an gelakkan an...lpas 2 an tergelak sorg nk marah pun xjadi... adik an sorg 2 mmg licik...

**hmmm klau la an mengajar nt dpt anak murid yg nakal cm ni apa yg an nk wat...??? poning la nk pk.....**
k la sekian... ada mase an citer lg...

Thursday, November 13, 2008

indahnya solat kita...

Utamakan ISLAM daripada segala-galanya di atas muka bumi ini

Assalamualaikum wrt kpd sahabat2 ukhwatul muslimin dan muslimat...
Just to share something that is quite interesting. ...
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak". Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?" Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ." Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


1-Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2-Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4-Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

**** 2 lg xdpt dikesan :-) ...insyaAllah kalau syifa dapat syifa akan edit, kalau ada sahabat2 yang tahu ttg artikel ni tlg assyifa k.... 'afwan

Tuesday, November 11, 2008

PeRsAhAbaTaN

" PeRSaHaBaTaN YaNg SeJaTi aKaN MeMBaWa KeRiNDuaN YaNg aBaDi. SeSuNgGuHnYa PeRSaHaBaTaN iTu LeBiH uNgGuL DaRi PeRCiNTaaN, TaNPa PeRSaHaBaTaN PeRCiNTaaN aKaN BeRaKHiR TeTaPi TaNPa PeRCiNTaaN, PeRSaHaBaTaN BoLeH KeKaL. oLeH iTu HaRGaiLaH PeRSaHaBaTaN YaNg TeRJaLiN. HaNTaRLaH PeSaNaN iNi KePaDa oRaNg YaNg aNDa TiDaK aKaN LuPa DaN HaNTaRKaN JuGa KePaDa oRaNg YaNg MeNgHaNTaR PeSaNaN iNi JiKa aNDa MeNgHaRGai PeRSaHaBaTaNNya. iNi aDaLaH PeSaNaN PeNDeK uNTuK MeNyaTaKaN YaNg aNDa SeNTiaSa MeNgiNGaTiNya. KaLaU aNDa TiDaK MeNgHaNTaR PeSaNaN iNi, BeRMaKNa aNDa SuDaH MeLuPaKaN KaWaN-KaWaN aNDa. aMBiLLaH SeDiKiT MaSa uNTuK MeNgiNGaTi KaWaN-KaWaN yG SeNTiaSa MeMBeRi SoKoNgaN uNTuK aNDa.."

Monday, November 10, 2008

TEMAN

TEMAN ketawa memang mudah dicari, tetapi teman menangis tiada siapa yang sudi. Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati ". Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. Dalam hal ini, Imam Al-Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan :
1. Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.
2. Mencari sahabat pada waktu susah.Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?" Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
3. Pasang surut persahabatan.Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
4. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Saturday, November 8, 2008

dari lubuk hati......

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

W assalam. ...

Thursday, November 6, 2008

MAKANAN UNTUK KESIHATAN

Madu
madu adalah makanan yang menjadi amalan zaman Rasulullah s.a.w.. Madu merupakan makanan yang berkhasiat sehinga al-Quran telah mengiktiraf madu sebagai "الشفاء " iaitu penyembuh penyakit. Malah amdu turut di gelar sebagai raja ubat kerana kemujarabannya menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu membantu meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental seseorang. Madu juga berkesan merawat penyakit mental kerana mampu menghindari kepenatan pada otak yang telah banyak berfikir dan melakukan kerja.


Susu Segar
susu segar terkenal dengan kalsium yang dibekalkan pada tulang selain berguna untuk kesihatan otak, menguatkan tenaga fizikal dan mental. susu mengndungi tiga elemen semulajadi yan penting iaitu air, keju dan lemak yang sungguh lengkap untuk pertumbuhan badan dan otak. susu juga adalah penawar untuk menghindari dan menyelesaikan masalah lupa dan membaiki penglihatan. susu yang terbaik adalah susu kambing, biri-biri dan lembu segar untuk ketajaman fikiran. susu paling berkhasiat pula ialah susu tepung.

Kismis
kismis sesuai diberikan kepada kanak-kanak. kismis memberikan zat besi untuk pertambahan darah sebagai memastikan bekalan iksigen dapat disalurkan ke otak dengan mencukupi. memakan kismis dapat membantu masalah mengantuk, pelupa, lembap, dan lemah dalam berfikir.

Friday, October 24, 2008

LELAKI IDAMAN MUSLIMAH…

Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• yang beriman orangnya
• yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
• yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam
• yang sentiasa haus dengan ilmu
• yang sentiasa dahaga pahala
• yang solatnya adalah maruah diri
• yang tidak takut berkata benar
• yang tidak gentar melawan hawa nafsu
• yang selalu bersama kumpulan orang-orang yang berjuang dijalan Allah

Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• yang menjaga tutur katanya
• yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
• yang tidak bermegah dengan harta yang dicarinya
• yang sentiasa membuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
• yang mempunyai ramai kawan
• yang tidak mempunyai musuh yang bersifat syaitan

Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• yang bersedia untuk menjadi imam
• yang hidupnya dibawah naungan Al-Quran dan As-sunnah
• yang mencontohi sifat Rasulullah
• yang boleh diajak berbincang dan berbicara
• yang menjaga hartanya dari berbelanja yang tak berfaedah
• yang sujudnya penuh kesyukuran dengan Rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• yang Al-Quran berada diminda & hatinya…insyaAllah
• yang mengingati,menguasai & beramal dengannya
• yang sentiasa mengingati mati
• yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat yang mana buah kehidupan itu perlu dijaga agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idaman wanita adalah lelaki yang….
• Disebalik kekasarannya…ada kelembutannya
• Disebalik sifat pendiam….ada keramahannya
• Disebalik ketegasannya….ada sifat penyayangnya
• Pandai mengambil hati….memujuk TEMANNYA
• Suka menghibur hati temannya bila diri TEMANNYA dalam keresahan
• Banyak bercakap tetapi diselitkan dengan keilmuan
• Suka menyampaikan ilmu walau sebesar zarah sekalipun
• Sentiasa mengambil berat perihal temannya
• Marahnya pada temannya berasas bukan bertindak melulu
• Tidak merendah diri didepan temannya…
• Tidak pula membesarkan diri dengan apa yang ada.

Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• yang tidak terpesona dengan buaian dunia..
• Perwatakannya mencuit hati..
• yang tidak hanyut dengan perhiasan dunia kerana ia mengimpikan syurga,disitu rumah idamannya
• Dan dia ingin membawa temannya bersmanya,menjadi pasangan kekasih yang diredhai disisi NYA

Lelaki idaman wanita adalah lelaki….
• Masanya yang tidak dibazirkan
• Matanya kepenatan kerana penat membaca
• Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
• Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
• Bangunnya subuh penuh kecergasan..kerana sehari lagi usianya betambah dengan kematangan.

Tetapi…..
Setiap manusia pasti ada kelemahannya…
kerana semua ciptaan Allah tidak sempurna. wanita mengimpikan lelaki seperti saidina Ali karamullahuwajhah,tetapi diri wanita itu sendiri tidak seperti Fatimah az-zahra lah.a.

~Untukmu lelaki idamanku..semoga dikau menjadi seperti apa yang ku harapkan...dapat membimbingku menuju ke syurga impian kita bersama..insyaAllah~

Wahai Lelaki Idaman Setiap Wanita Solehah..
Kemuliaanmu pada taqwa yang menghias diri,
Keperkasaanmu pada pengorbanan yang tiada henti,
Tiada matlamat berunsur duniawi,
Yang hanya bersifat sementara dan tiada erti,
Andai tidak dimanfaatkan ke jalan Ilahi.......

Saturday, October 18, 2008

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukanpada malam hari,biasanya tengah malam atau lewattengah malam. Solat tahajud juga dikenali jugasabagai shalatulail.Solat ini sangat baikdilakukan terutama kepada para pemimpin Islamkerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidakmeninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka,sebagai ibadah tambahan.Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yangmenggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajudsebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitujuga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenaiperkara ini.

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian- tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula.Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangka suhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.


Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perutsupaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidurmalam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada didalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir.Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhanmereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah."
( Surah az-Zariat ayat 15-18)

Friday, October 17, 2008

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya. " Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor. Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse) Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.
(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Wednesday, October 15, 2008

SIAPA AKU???


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….

wallahualam…..

Saturday, October 11, 2008

JAWAPAN TIGA GOLONGAN MANUSIA

Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu??

X : Sudah tentu? solat itu tiang agama
dan berdosa jika kita meninggalkannya.

Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak
ayah suruh..atau join kawan.. tp ikot
mood le..
Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik
tak payah?

Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan
Ramadhan??

X : Itu juga kewajipan umat islam..maka
wajib dilakukan kerana Allah..
Y : Ofcoz la posa? malu la kat orang
kalau tak posa.. tak posa takleh raya.
Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??

Soalan3: Jika anda seorang wanita,
adakah anda memakai tudung??

X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah
seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat
luar tayang rambut rebonding lah..
Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu
je.. jatuh la saham aku?

Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki??

X: Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1
pun tau..
Y : Antara pusat n ketiak kot? tak pasti..
Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna
spender mahal n bulu peha panjang kalau
tak tayang??

Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita
bpakaian seksi & fit??

X : Jelas dia tidak sayangkan agama &
tidak ingin menjaga maruah diri & Islam.

Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal
n tak mampu beli banyak.so tpaksa pinjam
baju adik
Z : Standard la tu. Takpe tak tutup
aurat yang penting hati mesti baik..


Soalan6 : lelaki & wanita boleh
bersentuhan tak??

X : Haram? batal wuduk.. bukan mahram so
jangan le..
Y : Ala ? stakat salam tu takpe lah
Z : Open la sket.. ape guna ade kapel
kalau tak leh sentuh?? Stakat pegang tu
takpe la.

Thursday, October 9, 2008

KEBAIKAN DEMI KEBAIKAN

Ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).


Wednesday, October 8, 2008

FAEDAH BERZIKIR!!!!

1. Zikir adalah menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.

2. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T redha.

3. Zikir adalah menjauhkan dukacita daripada hati manusia.

4. Zikir adalah menggembirakan hati.

5. Zikir adalah menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari.

6. Zikir adalah sinaran hati dan muka.

7. Zikir adalah menyebabkan datangnya rezeki dengan mencurah-curah (yakni murah rezeki).

8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya, seseorang itu merasa gentar.

9. Zikir adalah melahirkan cinta sejati terhadap Allah S.W.T kerana cinta itulah merupakan roh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan.

10. Zikir adalah mendatangkan hakikat muraqabah.

11. Zikir adalah membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah.

12. Zikir adalah membawa seseorang kepada takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
13. Zikir adalah membukakan pintu makrifat kepada Allah S.W.T.

14. Zikir adalah melahirkan di dalam hati seseorang akan keagungan dan kebesaran Allah S.W.T dan melahirkan semangat buat merapatkan diri dengan-Nya.

15. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T ingat kepada seseorang yang ingat kepada-Nya.

16. Zikir adalah menghidupkan hati. Perbandingan zikrullah dengan hati seseorang adalah ibarat ikan dengan air. Ingatlah apakah halnya ikan itu jika ia tidak berada di dalam air?

17. Zikir adalah santapan bagi roh dan hati. Andaikata keduanya tidak dapat menikmati santapannya maka adalah sama seperti badan yang tidak dapat makanannya.

18. Zikir dapat membersihkan hati daripada(kekotoran). Kekotoran hati ialah keinginan dan kelalaian yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan berzikir.

19. Zikir adalah menghapuskan dosa dan maksiat.

20.Zikir adalah menghapuskan keraguan dari seseorang terhadap Allah S.W.T.

21. Zikir adalah menyebut Allah, orang yang berzikir itu dikelilingi oleh Arsy Ilahi.

22.Barangsiapa ingat kepada Allah dalam kesenangan, Allah ingat pula kepadanya apabila ia di dalam kesusahan.

23.Zikir adalah melepaskan orang yang berzikir itu daripada azab Allah S.W.T.

24.Zikir adalah menyebabkan turunnya sakinah dan para malaikat melingkungi orang-orang yang berzikir itu.

25.Zikir adalah menyebabkan selamatnya lidah seseorang yang berzikir itu daripada mengumpat, mencela, berdusta, maki-hamun dan cakap sia-sia.

26.Zikir akan memasukkan orang yang berzikir itu ke dalam golongan orang yang berbahagia, demikian juga bagi orang yang mendampinginya.

27.Zikir akan memelihara orang yang berzikir dari menyesal pada hari kiamat.

28.Jika orang yang berzikir sambil menangis-nangis dalam keadaan sunyi diri, maka pada hari kiamat ia akan didiamkan di bawah naungan Arasyh Ilahi.

29.Orang yang menyibukkan dirinya dengan berzikir, maka Allah S.W.T mengurniakan kepadanya lebih dari orang yang meminta kepada-Nya.

30.Zikir merupakan satu ibadat yang ringan dan mudah sekali, namun ia adalah amalan yang lebih afdal dan utama dari semua ibadat kerana menggerakkan lidah itu lebih mudah dari menggerakkan seluruh badan.

31. Zikir merupakan pohon di dalam syurga.

32.Nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada orang yang berzikir, tidaklah diberikan kerana amalan yang lain.

33.Seseorang yang berzikir berterusan dengan istiqamah, ia akan terselamat daripada melukakan dirinya yang menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat.

34.Seseorang akan merasakan keamanan dan ketenangan jiwa tatkala lidahnya basah menyebuti zikir sehingga ia cinta kepada zikir.

35.Dengan zikir, manusia akan mencapai kemajuan dan kejayaan dengan secara terus-menerus ketika ia sedang beristirehat ataupun ia sedang sakit, ketika ia sedang sibuk dengan mengecap nikmat hidup ataupun berada di dalam serba kekurangan.

36.Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dalam dunia ini ataupun di dalam kubur.

37.Zikir adalah intisari ilmu tasawuf yang diamalkan oleh setiap ahli tariqat. Jika telah terbuka pintu zikir bagi seseorang, bererti telah terbuka baginya jalan yang menuju ke jalan Allah.

38.Apabila zikir menguasai hati maka bukan ia menyubur bagi hati itu sahaja bahkan ia menjadi orang yang berzikir itu hidup dengan makmur walaupun ia tiada harta benda.

39.Zikir adalah menghimpunkan kembali yang telah bercerai dan menceraikan yang telah berhimpun, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat.

40.Zikir adalah menggerakkan hati manusia daripada tidur dan menyedarkannya daripada lalai. Selagi hati dan jiwa manusia tidak sedar, maka selama itulah ia mengalami kerugian demi kerugian.

41. Zikir adalah merupakan satu pohon yang setiap masa mendatangkan buah makrifat. Menurut istilah ulama’-ulama’ tasawuf, pohon itu mendatangkan buah ahwal dan makamat.

42.Zikir adalah mendekatkan hamba kepada Allah.

43.Zikir adalah seimbang dengan memerdekakan hamba, membelanjakan harta dan berjuang di jalan Allah.

44.Zikir adalah sumber syukur. Barangsiapa yang tidak mengingati Allah, ia tidak dapat bersyukur kepada-Nya.

45.Yang mulia di antara orang-orang yang bertaqwa pada sisi Allah ialah yang sentiasa sibuk dengan berzikir kerana natijah taqwa ialah syurga sedangkan natijah zikir ialah penyertaan Allah S.W.T.

46.Pada hati manusia ada semacam kekerasan yang tiada berubah menjadi lembut melainkan dengan berzikir.

47.Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati.

48.Zikir adalah sumber persahabatan dengan Allah. Lalai adalah sumber permusuhan dengan-Nya.

49.Tiada satu apa pun yang menambahkan nikmat-nikmat Allah dan menyelamatkan daripada azab-Nya lebih daripada zikrullah.

50.Allah S.W.T menurunkan rahmat-Nya kepada orang-orang yang berzikir dan para malaikat berdoa untuk mereka.

51. Barangsiapa yang ingin menikmati syurga sedangkan ia masih berada di dalam dunia ini maka hendaklah ia menyertai majlis-majlis zikir kerana zikir itu adalah umpama taman-taman syurga.

52.Majlis zikir adalah majlis para malaikat.

53.Allah S.W.T membanggakan orang yang berzikir di hadapan para malaikat.

54. Barangsiapa sentiasa berzikir, ia akan masuk ke dalam syurga tersenyum-senyum.

55.Segala amalan diwajibkan semata-mata kerana zikrullah.

56. Amalan yang paling afdal ialah amalan yang disertakan zikir sebanyak-banyaknya.

57. Zikir ialah pengganti bagi ibadat-ibadat nafilah (ibadat-ibadat sunat).

58. Zikir adalah pendorong bagi ibadat-ibadat lain. Dengan berzikir sebanyak-banyaknya, maka ibadat yang lain itu menjadi lebih mudah dan senang malah kelazatan ibadat-ibadat itu pun dirasai benar.

59.Dengan berzikir, semua keberatan akan menjadi ringan. Setiap kesukaran akan menjadi ringan dan semua bala bencana akan lenyap.

60.Zikrullah adalah mempunyai satu kuasa yang khas untuk melahirkan ketenteraman dan akan melenyapkan ketakutan.

61.Zikir adalah melahirkan kekuatan dan tenaga yang terkhas kepada manusia. Dengan kekuatan itu, ia dapat menyelenggarakan urusan-urusan yang agak sukar.

62.Pemberesan urusan-urusan akhirat adalah dahulu-mendahului di antara satu sama lain. Di dalam mendahului antara satu sama lain ini, yang kelihatan di hadapan sekali ialah orang-orang yang berzikir.

63.Allah S.W.T sendiri membenarkan dan memuji orang-orang yang berzikir. Orang-orang yang dibenarkan oleh Allah S.W.T tidaklah akan dibangkitkan bersama-sama orang yang berdusta.

64. Zikir adalah menyebabkan terbinanya rumah di dalam syurga. Apabila seseorang hamba berhenti daripada berzikir maka para malaikat berhenti daripada membina rumah itu.

65. Zikir adalah perisai atau pendinding bagi Neraka Jahannam.

66. Para malaikat beristighfar (memohon keampunan) bagi orang yang berzikir.

67.Jika seseorang berzikir di atas gunung atau di tanah datar, maka tempat tersebut akan merasa bangga.

68.Memperbanyakkan zikir adalah merupakan sijil bagi kelepasan bagi kemunafikan.

69.Berbanding dengan amalan-amalan yang baik maka zikir mempunyai satu kelazatan yang tidak didapati pada amalan¬amalan yang lain.

70.Pada wajah orang berzikir itu didapati kegembiraan di dunia ini dan akan kelihatan nur padanya di hari kiamat.

71. Barangsiapa yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya di tengah-tengah jalan, di rumah, di dalam safar dan ketika berada di dalam kampung, maka ia akan mempunyai pembela-pembela yang ramai sekali di hari hisab kelak.

72. Selama lidah sibuk dengan berzikir maka selama itulah ia terpelihara daripada perbicaraan yang sia-sia, berdusta, mengumpat dan sebagainya. Kerana lidah itu sememangnya tidak bisa diam, ia akan sibuk berzikir kalau tidak sudah tentu dengan kesia-siaan.

73.Syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Ia mencampakkan manusia di dalam kancah kerunsingan dan kegelisahan dengan berbagai cara. Ia juga mengerumuni mereka dari tiap penjuru.

Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Monday, September 15, 2008

ENAM PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapatsolat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kitameninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur bacaHadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumahkita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapadunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nakbaca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'YaAllah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hariini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengandoa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidupsederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadizikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapatpahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Saturday, September 13, 2008

Hindari kegelisahan

Pada suatu hari, seorang lelaki mendatangi seorang sahabat yg bernama Abdullah ibnu Masu'd. Lelaki itu berkata kpd Abdullah ibnu Masu'd: "Wahai ibnu Masu'd, nasihatilah aku dgn sesuatu yg dpt meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."

Lalu Abdullah ibnu Masu'd menjawab: "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tmpt. Pertama; ke tmpt org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain. Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yg mengingatkan kamu kpd Allah. Ketiga; kamu mencari satu waktu yg sunyi, contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kpd Allah serta memohon kpdNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu. Jika slps melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran, mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu miliki skrg ini bukan hatimu."

Stlh mendengar nasihat Abdullah ibnu Masu'd, lelaki itu pun kembali ke rumahnya. Beliau terus berwudhu' dan membaca al-Quran dgn penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.

Thursday, September 11, 2008

Peristiwa Penting Ramadhan

KEDATANGAN Ramadan turut menyimpan pelbagai peristiwa bersejarah yang dilalui oleh Rasulullah saw, sahabat dan tabein. Peristiwa ini cukup mustahak kerana ia menyingkap pelbagai pahit manis serta cabaran ditempuhi mereka dalam usaha mengukuhkan akidah manusia. Begitu juga, ia membabitkan tarikh beberapa siri peperangan disertai umat Islam, di samping saat kematian tokoh Islam terkemuka. Antara peristiwa bersejarah dilalui Rasulullah pada Ramadan adalah pelantikan Baginda sebagai rasul. Kejadian ini berlaku pada tahun ke-13 sebelum hijrah di Gua Hira’. Ketika itu, Baginda menerima wahyu pertama iaitu lima ayat pertama dalam surah al-Alaq. Sebaik menerima wahyu, Baginda terus menyampaikan dakwah Islam kepada keluarga terdekat, terutama isterinya, Siti Khadijah binti Khuwailid. Ahli sejarah turut meriwayatkan bahawa Siti Khadijah memeluk Islam pada Ramadan. Dalam pada itu, Ramadan turut menyaksikan peristiwa kematian Siti Khadijah selepas Rasulullah dilantik menjadi rasul. Beliau adalah orang yang membantu mengukuhkan dakwah Baginda ketika mula-mula disebarkan kepada penduduk Arab jahiliah. Beberapa peristiwa lain yang cukup penting dalam kalendar Islam berlaku sepanjang Ramadan, antaranya:

1. Perutusan rombongan tentera pertama oleh Rasulullah pimpinan Hamzah Abdul Mutallib pada tahun pertama Hijrah, disertai 30 tentera Islam;

2. Difardukan ibadat zakat dan solat dua hari raya pada tahun kedua Hijrah.

3. Peperangan Badar pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah;

4. Perutusan Zaid Harithah pada tahun keenam Hijrah ke kediaman Bani Fazarah bagi menggertak mereka kerana menghalang satu rombongan dagangan daripada menuju ke Madinah;

5. Pembukaan kota Makkah pada tahun kelapan Hijrah daripada tangan jahiliah;

6. Pengislaman rombongan kaum Saqif pada tahun kesembilan Hijrah selepas menemui Rasulullah di Madinah;

7. Kematian anak Rasulullah, Fatimah pada tahun ke-11 Hijrah;

8. Kematian Ali bin Abi Talib pada tahun ke-40 Hijrah;

9. Kematian Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar As Siddiq pada tahun ke-85 Hijrah;

10. Kematian Nafisah binti Al Husan bin Zaid bin Al Hasan bin Ali bin Abi Talib di Mesir pada tahun ke-208 Hijrah;

11. Peperangan Balat As Shuhada' pimpinan Abdul Rahman Al Ghafiqiy; dan

12. Peperangan 'Ain Jalut pada tahun ke-658 Hijrah dalam kepemimpinan Al Muzaffar Qutuz.

Wednesday, September 10, 2008

Syarat Wajib Puasa

Syarat-syarat wajib puasa :

1. Islam - orang-orang kafir tidak wajib berpuasa.
2. Sampai Umur (Akil Baligh) - kanak-kanak belum cukup umur tidak wajib berpuasa.
3. Berakal (Siuman) - orang yang gila tidak wajib berpuasa.
4. Bebas daripada uzur syar'i.

->uzur syar'i yang menegah daripada bepuasa:

  • Haid
  • Nifas
  • Pitam sepanjang hari

->uzur yang mangharuskan berbuka puasa:

  • sakit yang boleh memudaratkan jika berpuasa.
  • musafir.
  • tidak mampu untuk berpuasa kerana tua atau penyakit yang tiada harapan untuk sembuh.


Sesungguhnya kanak-kanak tidak wajib berpuasa, tetapi adalah menjadi kewajipan kepada ibu bapa memberikan didikan dan latihan kepada anak-anak mereka untuk mengerjakan ibadah puasa dengan berpandukan sabda Nabi Muhammad S.A.W tentang latihan menunaikan sembahyang iaitu:

Ertinya: "(Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang bila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah merekabila berumur sepuluh tahun (kalau tidak mahu mengerjakannya)."

Tuesday, September 9, 2008

PUASA DI BULAN RAMADHAN


1. Firman Allah dalam surah Al Baqarah
Ayat 183-184

Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman , diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu bertakwa atau terpelihara, iaitu hari yang tertentu. "

Firmannya lagi dalam Surah Al-Baqarah juga ayat 185:
Ertinya: "Sesiapa di antara kamu yang berada di bulan Ramadhan, maka hendaklah ia berpuasa."

2. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar:

Ertinya: "Islam itu dibina di atas 5 rukun: mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa pada bulan Ramadhan. "

Monday, September 8, 2008

RAMADHAN KARIM...

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit al-habib.tripod.com for more greeting cards like this!
by Alhabib Greeting Cards



Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit al-habib.tripod.com for more greeting cards like this!
by Alhabib Greeting Cards

Sunday, September 7, 2008

FIKIRKANLAH...

Cinta kepada bunga ,
bunga akan layu .
Cinta kepada makhluk ,
makhluk akan mati .
Cinta kepada ALLAH akan kekal selamanya .


Kita boleh bercinta sesama makhluk iaitu manusia .
Tetapi perlulah ada batas batasnya .
Kita jangan terlalu ghairah mengejar cinta ,
kelak kita sendiri akan binasa .
Tidak kira walau apa pun yang kita lakukan ,
mestilah berlandaskan hukum hukum Allah s.w.t .
Kita jangan terlalu leka dengan kehendak dan tuntutan dunia ,
kerana ia akan merugikan diri kita .
Kemana jua kita pergi , dimana jua kita berada , setiap saat , setiap waktu ,
ingatlah ALLAH sentiasa .

INGAT!!!
Jangan sesekali kita melupai Allah Taala ,
kerana buruk padahnya .
Diingatkan sekali lagi ,
bukan penyakit yang datang mencari kita .
Tetapi kita yang mencari penyakit .
Ia diibaratkan seperti menempah maut ,
membujur lalu .
Jangan kita jadi seperti pepatah orang melayu

" RUMAH KATA PERGI , KUBUR KATA MARI , MASIH TAK SEDAR DIRI ".

Saturday, September 6, 2008

Bicara Hati Dalam Kerinduan

Bersama bayu menghembus, ku kaitkan utas-utas bicara yang terhimpun di lubuk rasa..

terus terlanjur mengisi kekosongan perasaan

airmata pilu luluh menyembam bumi

mengenang memori kita bersama

 

Takdir tuhan menjadi hakikat mengikut perhitungan jadualnya

masa kita terus berlalu pergi

menjadi kenangan yang abadi di kali sepi

membanjiri hati yang diulit mimpi

 

Suka duka, tangis tawa dalam adunan kenangan yang mencoret nostalgia

untuk tatapan bersama dikala rindu memuncak datang menerpa

di kala sunyi ditusuk hati yang lara

 

Mungkin rindu berkocak memberontak di pedalaman hati yang terpukau dengan sihir kenangan

lantas mengembalikan ingatan dalam memori silam bersama paduan keceriaan yang diwarnai

 

Sesungguhnya kita pasrah dalam kabus reda

teruskanlah sisa-sisa perjuangan yang masih berbaki

demi mencapai kejayaan.. pandanglah kehadapan untuk mencari sinar masa yang gemilang

dan tolehlah sebentar ke belakang untuk mengutip mutiara panduan dari pengalaman semalam

 

Aku ibarat rembulan yang bergemerlapn

merindui bumi dengan cahayaku yang tulus suci

disetiap tirai malam melabuhkan kelambu kegelapan.

Friday, September 5, 2008

Jika ia sebuah Cinta

Jika ia sebuah cinta…
ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak cantik namun sentiasa menarik.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.
Jika ia sebuah cinta…
ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan

Sunday, August 24, 2008

CINTA DAN RINDU


Betapa getirnya rindu yang kau kikis
Tak terhakis di persisir hati
Walaupun hujan menimpa sahara
Tak mungkin hilang panas di bumi
Dahagalah musafir mengejar realiti duniawi
Kiasnya pujangga hamparan penuh suci
Getar di jari-jemari kau tahan jua
menggenggam bara biar menjadi abu
luka dan pedih amatlah bisa
Hanya kesabaran penawar sejati dalam hidup
walaupun kau, diriku seribu keresahan dalam mimpi
Cinta bagaikan bayang-bayang
makin diusir makin hampir
Apa yang kita impikan
Tak semua menjadi
Datangnya seakan menguji...
Bertemu tanpa di duga
Bersatu dengan restu....

Tuesday, August 19, 2008

sebuah pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada
Tuhan Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Monday, August 18, 2008


Get Your Card

Sunday, August 17, 2008

ALLAH MENGAJAR CINTA

Pernahkah hatimu merasakan kekuatan mencintai

Kamu tersenyum meski hatimu terluka karena yakin ia milikmu,

Kamu menangis kala bahagia bersama karena yakin ia cintamu

Cinta melukis bahagia, sedih, sakit hati, cemburu, berduka

Dan hatimu tetap diwarnai mencintai, itulah dalamnya cinta

Pernahkah cinta memerahkan hati membutakan mata

Kepekatannya menutup mata hatimu memabukkanmu sesaat di nirwana

Dan kau tak bisa beralih dipeluk merdunya nyanyian bahagia semu

Padahal sesungguhnya hanya kehampaan yang mengisi sisi gelap hatimu

Itulah cinta karena manusia yang dibutakan nafsunya

Cinta adalah pesan agung Allah pada umat manusia

DitulisNya ketika mencipta makhluk-makhlukNYA di atas Arsy

Cinta dengan ketulusan hati mengalahkan amarah

Menuju kepatuhan pengabdian kepada Allah dan Rasulnya

Dan saat pena cinta Allah mewarnai melukis hatimu,

satu jam bersama serasa satu menit saja

Ketika engkau memiliki cinta yang diajarkan Allah

Kekasih menjadi lentera hati menerangi jalan menuju Illahi

Membawa ketundukan tulus pengabdian kepada Allah dan RasulNya

Namun saat cinta di hatimu dikendalikan dorongan nafsu manusia

Alirannya memekatkan darahmu membutakan mata hati dari kebenaran

Saat kamu merasakan agungnya cinta yang diajarkan Allah

Kekasih menjadi pembuktian pengabdian cinta tulusmu

Memelukmu dalam ibadah menuju samudra kekal kehidupan tanpa batas

Menjadi media amaliyah dan ketundukan tulus pengabdian kepada Allah

Itulah cinta yang melukis hati mewarnai kebahagiaan hakiki

Agungnya kepatuhan cinta Allah bisa ditemukan dikehidupan alam semesta

Seperti thawafnya gugusan bintang, bulan, bumi dan matahari pada sumbunya

Tak sedetikpun bergeser dari porosnya, keharmonisan berujung pada keabadian

Keharmonisan pada keabadian melalui kekasih yang mencintai

Karena Allah adalah kekasih Zat yang abadi

Cintailah kekasihmu setulusnya maka Allah akan mencintaimu

Karena Allah mengajarkan cinta tulus dan agung

Cinta yang mengalahkan Amarah menebarkan keharmonisan

Seperti ikhlas dan tulusnya cinta Rasul mengabdi pada Illahi

Itulah cinta tertinggi menuju kebahagiaan hakiki.