SeDih keRana berJauhan deNgan keluaRga, itulah haRga sebuah peRjuangan hidup. SeDih keRana teRingatkan amaLan keRana masih di baWah kaki buKit, elokLah di tingkaTkan dalam masa kita masih teRsedaR ini. Sedih keRana maCam-maCam ujian yang menimpa diri, itulah haRga untuk Tiada Tuhan seLain ALLAH...

Monday, January 18, 2010

Dasyatnya Doa Ibu



penulis buku ini mengatakan bahawa dia perlu untuk menulis buku ini....saya pula mengatakan perlu sebagai seorang anak untuk memiliki buku ini....

"dasyatnya doa ibu"

ini lah tajuk buku yang saya akan kongsikan dengan pembaca semua... selepas membaca beberapa topik yang diutarakan oleh penulis begitu menyentuh jiwa...sendirian bermuhasabah, betapa besarnya pengorbanan ibu...

doa ibu dalam setiap perkara yang akan kita lakukan adalah salah satu senjata untuk kita mencapai kejayaan...kata-kata yang keluar dari mulut ibu adalah satu doa...oleh kerana itulah ibu tidak boleh untuk mengcapkan kata-kata yang tidak elok terhadap anak-anak mereka....

oleh itu sentiasalah minta ibu mendoakan kejayaan kita... minta maaf dan restu ibu demi mencapai kejayaan...


Thursday, January 14, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

sudah lama rasanya tak update blog ni...terima kasih kepada pengnjung yg sudi bertamu di blog yg xseberapa ni....harap sy dapat berkongsi sedikit sebanyak apa yg di sini....sebelum tu selamat tahun baru, semoga kita semua akan dapat berhijrah ke arah yg lebih baik...

banyak sangat cerita time cuti...busy yg teramat sgt sampaikan tak de masa nak update blog...lgpun kat rumah xde internet... hampir dua bulan bercuti, rehatkan minda, cari pengalaman bagi mengisi masa terluang.... macam tahun2 sebelumnya sy mendapat peluang untuk mengajar adik2 yang akan memasuki sekolah menengah... kelas pengukuhan bahasa arab...antara subjek yg diajar adalah bahasa arab, Al-Quran dan jawi... bukan sy seorang jer yg ajar....setiap subjek 2orang guru... sy ambil bahasa arab coz minat dan kita sendiri pun boleh belajar...sambil menyelam minum air.... :-)
kelas ni 3jam je sehari...

budak2 tahun nie ok jer... happy go lucky... meriah kelas ada2 jer... tp satu y sy suka diaorang ni rajin...

lps kelas pengukuhan sy diminta oleh pengetua utk arrange satu kem ibadat... ajar bab solat... sumenya xpress, mujurlah ramai yg membantu... terima kasih kepada semua yg terlibat terutamanya rosdi, zulhilmi, rogayah,zaharah dan masnani...ni bukan sesuatu yg baru kerana dah biasa arrange kem2 kt sekolah 2...terutamanya program alumni...lgpun sekarang dah dilantik utk memegang amanah sebagai timbalan pengerusi Alumni Maahad Raudhah An-Nazirin, jadi amanah yg diberikan akan dilaksanakan sebaik mungkin...

Alhamdulillah kem pengukuhan solat berjalan dengan lancar, walaupun kelam kabut nak set up dalam masa yg singkat.... tambahan pula mak sy sakit 2kali masuk wad...sy masih sempat jaga mak dalam wad...tu la kalau kita sabar Allah akan bantu kita.. Allah Maha Penyayang...

pesanan untuk pengunjung blog ni.... jaga kesihatan, mencegah lebih baik dari mengubati....

tu cerita masa cuti, sekarang dh start semester baru, semester last... harap2 Allah permudahkan segala urusan.... gud luck for my self.... tahun baru, azam baru dan semangat baru.