SeDih keRana berJauhan deNgan keluaRga, itulah haRga sebuah peRjuangan hidup. SeDih keRana teRingatkan amaLan keRana masih di baWah kaki buKit, elokLah di tingkaTkan dalam masa kita masih teRsedaR ini. Sedih keRana maCam-maCam ujian yang menimpa diri, itulah haRga untuk Tiada Tuhan seLain ALLAH...

Sunday, February 28, 2010

LELAKI lebih hebat dari PEREMPUAN

Sebagaimana kata seorang wali Allah
iaitu Rabiatul Adawiah:

Allah telah menjadikan lelaki
itu mempunyai sembilan akal dan
satu nafsu dan menjadikan perempuan
satu akal dan sembilan nafsu.
Bukanlah maksud saya di sini bahawa
orang lelaki lebih bijak kerana
dia diberi sembilan akal, tetapi,
tujuannya untuk menyatakan ada
perbezaan antara lelaki dengan
perempuan. Secara umum, dari segi
psikologi lelaki dan perempuan berbeza
tentang:

- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa

- Orang perempuan juga suka mengubah
penampilan diri dan tindakan
pasangannya. ! Jadi pantang ada yang
tidak kena dengan suaminya, isteri
akan segera menegur dan menyuruh
membuat perubahan. Sebaliknya orang
lelaki biasanya, hanya akan memberi
teguran apabila pasangannya agak
keterlaluan. Umpamanya, apabila si
suami melihat isterinya memakai
pakaian yang terlalu ketat, maka dia
akan menegurnya. mmg ler..org lelaki
biasanyer tegur cam gitu sbb jeles ble
nengok bini dia cun..ahaksss

- Orang lelaki juga sering memberi
tumpuan kepada aspek fizikal atau
kebendaan manakala perempuan lebih
menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan
lebih mudah merajuk dan tersinggung
dan lebih mudah bersimpati dan sedia
berkorban. fitrah org pompuan
dlahirkan begitu..

- Bagi orang perempuan, mengalah itu
tanda sayang dan pengorbanan manakala
bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah
dan tiada prinsip kukuh. Jadi
elakkanlah daripada merendah-rendah
atau mencabar suami. org lelaki tu
sebenarnyer ego namanyer..

- Gerak hati orang perempuan adalah
lebih tajam daripada orang lelaki.
Jadi para suami mesti ingat, jangan
cuba membohongi isteri! that's
true..sblm korang buat para2 isteri ni
slalunyer dh dpt rasa daaaa...

- Orang perempuan, apabila risau atau
mengalami ketegangan, akan
menceritakan masalahnya kepada orang
lain. Berbeza dengan orang lelaki,
mereka lebih kerap mendiamkan diri
apabila bermasalah. sbb tu ramai org
lelaki yg alami gagguan jiwa..senang
ckp gila la...

- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir
tentang kesetiaan isterinya. Sebab
orang perempuan, apabila menyayangi
seorang lelaki, akan menutup hati dan
pemikirannya terhadap lelaki lain.
Orang lelaki pula lebih fleksibel. dlm
hal ni org lelaki mmg fleksibel sgt2...

- Orang perempuan mudah jadi marah,
cemburu dan merajuk apabila imej
dirinya menurun. Orang lelaki akan
menjauhkan diri apabila imej dirinya
tergugat. ble bini dok sibuk g gym &
bdiet..org lelaki slalu ckp x
diet2..awk gemok pun abg syg..tp ble g
shopp nmpk pompuan cantik..bini di soh
jln dgn anak2..laki jln kt blkg..

- Satu lagi perbezaan ialah dari segi
emosi. Emosi lelaki ibarat getah,
manakala emosi perempuan ibarat ombak.
Lantas orang lelaki jika marah atau
merajuk biasanya tidak lama sekitar
dua atau tiga jam saja. Marah atau
merajuk perempuan, agak lama ada
kalanya berhari-hari, malah berminggu-
minggu. ble emosi pompuan dh mcm
tsunami...bwk lari anak2..baru ler org
lelaki ni ngelupur mcm udang kena
bakar..pdhal masalah tu org lelaki yg
create...heran2.

Wednesday, February 24, 2010

Ada apa dengan C.I.N.T.A.???

cinta, cinta, cinta....faham ke apa makananya??? kalau tanya kat semua orang mesti mempunyai pendapat dan tafsiran sendiri mengenai cinta. bukan perkara baru, bukan istilah baru...

" Adam Hawa bercinta di Syurga,
angkara iblis terpisah menderita,
kerana Cinta mereka setia,
bertemu di dunia....."

cinta itu fitrah.... kurniaan Allah S.W.T kepada semua manusia... jadi kalau jumpa orang yang takde perasaan cinta, dia adalah orang yang luar biasa...

tapi kan yang mnjadi persoalannya, cinta fitrah semua manusia, tapi kita dilarang bercinta....
sape la yang boleh terfikir soalan mcm ni?? (aku la salah seorangnya). dulu la sekarang dah tahu kenapa... so nak share la dgn pembaca....

memang la cinta itu fitrah yang dianugerahkan Allah kepada semua manusia...manusia tidak boleh hidup tanpa cinta.... tanpa cinta juga manusia tidak dapat mengenali TUHAN pencipta alam semesta dan isinya....

"dengan cinta kenal pencipta,
dengan cinta kenal Rasulnya,
dengan cinta kenal saudara,
bahagia keluarga...."

cinta yang dilarang adalah cinta yang berlandaskan nafsu..... cinta suci berlandaskan syariat Islam di mana matlamatnya adalah Tuhan....

cinta suci boleh dibahagikan kpd :

  • cinta kpd Allah
cinta kpd Allah adalah wajib bg setiap muslim utk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat..melakukan segala perintahNya dan meniggalkan segala larangan.
  • cinta kpd Rasulullah
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)."

surah al-Taubah: 9
  • cinta kpd Ibu bapa
keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa, hukumnya wajib.... kerana mereka kita dapat menikmati hidup di dunia, sungguh besar jasa dan pengorbanan mereka..

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil. "
surah Al-Isra' : 23 & 24




  • cinta kepada ilmu
menuntut ilmu adalah wajib....

Katakanlah: “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.”

Surah Al-Kahfi :109


(“Siapa yang berkehendakkan dunia, dia mestilah mempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkan akhirat, dia hendaklah mempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia mempunyai ilmu.)

(Riwayat Muslim)

  • cinta kpd diri sendiri dan orang lain
cintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain....kalau terluka pun takde lah sampai nk bunuh diri...


** hasil dr pembacaan artikel2 dan buku karangan HM Tuah.... sekadar perkongsian.


Friday, February 19, 2010

cenderamata

lawak ke? takde la sangat...tp just nak share dgn pembaca sekalian setelah sekian lama menyepikan diri....harap masih ada lagi yg sudi bertamu di blog yg tak seberapa ini...ketandusan idea, kekangan masa menyebabkan blog ini 'tersepi' ... bukan sengaja tp kesibukan dengan tugasan dan kelas, bukan takde masa rehat ada bila on laptop nk menaip xde idea lak.... hmmm

cuti raya cina dah berlalu..sedih coz tak balik kampung...plan g penang wat kajian lapangan utk subjek pendidikan islam di malaysia... apa yg nak di kaji? nak tahu ker?? kaji pasal institusi yg handle sekolah agama kt negeri tu...

Alhamdulillah apa yg dicari dapat la walaupun xcomplete...bkn senang kan.... tp cabaran tu...cabaran dan pengalaman...

nak citer sikit la pengalaman... sebagai bendahari sy telah ditugaskan untuk menyediakan cenderamata@cenderahati untuk pihat terlibat...tp sy ni jenis xpdai nk buat pilihan jd sy mintak tolong ahli kumpulan yg lain tlg belikan.... oleh kerana kami tinggal di tempat yg berlainan jd sy mintak dia untuk bawa trus je ke penang...pagi nk bertolak ke penang kami menaiki bas yg sama menuju ke pudu...

tergerak hai nak tanya pasal tiket. pasal cenderamata. tapi silap time la sy tanya....tiket ada tapi cenderamata............TETINGGAL... kelam kabut la...nak turun bas dah jalan...dalam hati mcm2 rasa dah...takut kena marah dgn ketua kumpulan...sambil tu sempat lg berfikir mcm mn nak amek benda tu... penting la, tp blh jer kalau trdesak sangat beli yang lain...tp logo um tu penting baru la nampak yg ktorg ni dr UM......

akhirnya ada la seorang hamba Allah yg sudi membantu dgn manghantar cenderamata tersebut ke pudu...jd ktorg pun tunggu la kat sana... bas pukul 9...tp org yg ktorg tunggu xsampai lg....lg mendebarkan bila semua dah ada dan bas yg akan dinaiki dh tersedia.... dalam hati hanya berdoa je....

" Ya Allah permudahkan segala urusanku"....

lastly....sampai gak...ktorg dapat jg bawa cenderamat tu ke Penang untuk diberikan kpd pihak yang terlibat.....

terima kasih kpd Dayah@Bonda yg membantu, jasamu dikenang.... dah ada dalam bas kami tersenyum sendirian.....

jadi kpd sahabat2 yg ada trip kemana2 sila check dulu barang yg perlu di bawa awal2 bukan last minit....
pas tu jgn la malu nak mintak tolong dengan kawan2....tp yg paling penting mintaklah dengan Allah kerana Dia tidak akan menghampakan kita..

wasalam.


Thursday, February 11, 2010

CEMBURU

Assalamualaikum kepada semua pengunjung yang sudi bertamu di blog ini.... hari ini ingin rasanya bekongsi sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada kita semua....

tadi saya aa terbaca artikal dr utusan malaysia online... tajuknya macam mana nak tangani rasa cemburu..

cemburu ni fitrah semulajadi manusia, cemburu tak salah cume perlu bertempat... janganlah cemburu yag boleh membawa kepada berlakunya perkara yang melanggar syariat Islam... macam mana??? tepuk dada tanya iman... kalau ikt hati mati... sy rasa semua sudah tahu cemburu yang dibolehkan dan cemburu yang dilarang... jadi buatlah pertimbangan sendiri jika kita dihantui cemburu, adakah cemburu itu membawa kebaikan atau sebaliknya.

dalam artikel ni sebut pasal cemburu antara suami dan isteri.... nak tahu dengan lebih lanjut isi kandungannya klik di sini



semoga ia memberi manfaat kepada kita semua... terutamanya suami isteri dan yang bakal mendirikan rumah tangga.


Thursday, February 4, 2010

PENCARIAN

tatkala hati ingin mencari aku tidak berdaya... apa yang perlu aku cari...apa yang ingin ku cari...semua menjadi persoalan yang tiada jawapan.. kenapa aku tidak bedaya? mungkin kerana kekosongan jiwa... Ya Allah tuntunlah hati hambaMu ini supaya tidak terlalu jauh dariMu...Ya Allah berikanlah aku kekuatan hati dan mental dan fizikal...