SeDih keRana berJauhan deNgan keluaRga, itulah haRga sebuah peRjuangan hidup. SeDih keRana teRingatkan amaLan keRana masih di baWah kaki buKit, elokLah di tingkaTkan dalam masa kita masih teRsedaR ini. Sedih keRana maCam-maCam ujian yang menimpa diri, itulah haRga untuk Tiada Tuhan seLain ALLAH...

Friday, April 29, 2011

saat hati menangis

sendirian melewati tabir kenangan, padahal apa yang akan ku lihat akan merobek hati dan perasaan, mutiara jernih terbit dari kelopak mata... apa tandanya???
berfikir untuk meraih jawapan, merenung untuk meminta kepastian ..memberi erti kepada sebuah tangisan..

aku manusia lemah...tidak kuat untuk menampung segunung kekecewaan...
tidak pantas untuk lari dari kehibaan... aku mengharung bdai walaupun semakin dalam dan berliku...aku makin lemas dalam lautan khayalan dan angan-angan yang tidak mungkin akan menjadi kenyataan... aku mencampakkan diriku dalam sungai kesedihan, merebahkan hati pada kealpaan...

adakah aku terlupa pada kuasa Pencipta??? tidak!!! aku tidak sesekali tergolong dalam golongan yang lalai....
aku ingin hidup bahagia, seperti insan lain, namun apakan dayaku...aku lemah, menghambakan diri pada cinta yang tidak kesampaian, mengabdikan diri pada orang yang tak pandai menghargai...adakah ini salah ku???? aku tiada jawapan...

seringkali aku dihujani soalan yang tiada jawapan,...

biarkan segalanya berkubur..seiring detik yang berlalu...

hanya aku inginkan secebis ketnangan...

aku kembali padaMU ya Allah... terimalah aku kembali...