Syarat-syarat wajib puasa :
1. Islam - orang-orang kafir tidak wajib berpuasa.
2. Sampai Umur (Akil Baligh) - kanak-kanak belum cukup umur tidak wajib berpuasa.
3. Berakal (Siuman) - orang yang gila tidak wajib berpuasa.
4. Bebas daripada uzur syar'i.
->uzur syar'i yang menegah daripada bepuasa:
- Haid
- Nifas
- Pitam sepanjang hari
->uzur yang mangharuskan berbuka puasa:
- sakit yang boleh memudaratkan jika berpuasa.
- musafir.
- tidak mampu untuk berpuasa kerana tua atau penyakit yang tiada harapan untuk sembuh.
Sesungguhnya kanak-kanak tidak wajib berpuasa, tetapi adalah menjadi kewajipan kepada ibu bapa memberikan didikan dan latihan kepada anak-anak mereka untuk mengerjakan ibadah puasa dengan berpandukan sabda Nabi Muhammad S.A.W tentang latihan menunaikan sembahyang iaitu:
Ertinya: "(Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang bila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah merekabila berumur sepuluh tahun (kalau tidak mahu mengerjakannya)."
0 dh bace komen la:
Post a Comment