SeDih keRana berJauhan deNgan keluaRga, itulah haRga sebuah peRjuangan hidup. SeDih keRana teRingatkan amaLan keRana masih di baWah kaki buKit, elokLah di tingkaTkan dalam masa kita masih teRsedaR ini. Sedih keRana maCam-maCam ujian yang menimpa diri, itulah haRga untuk Tiada Tuhan seLain ALLAH...

Wednesday, January 28, 2009

Seloka Aurat

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung,
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
Kalau boleh besok …
(nasihat utk diri ini juga...smg istiqamah..insyaAllah)

Thursday, January 22, 2009

Taubat Nasuha

IMAN seorang muslim kadang-kadang boleh menjadi lemah sehingga membawanya dikuasai hawa nafsu. Apabila syaitan merayu berbuat maksiat, maka ia berbuat zalim terhadap dirinya sendiri dan menjerumuskan dirinya pada sesuatu diharamkan Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap hamba-Nya dan rahmat Allah amat luas mencakupi segala sesuatu. Barang siapa bertaubat selepas melakukan kezaliman, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan mengampuninya.

Allah Maha Pemaaf dan Maha Mulia memerintahkan orang mukmin bertaubat nasuha supaya mereka mendapat kasih sayang Allah dan syurga-Nya.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir sungai di bawahnya." (Surah at-Tahrim, ayat 8)

Sesungguhnya, pintu taubat masih terbuka bagi semua manusia hingga matahari terbit dari barat. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah membuka Tangan-Nya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat dan Dia membuka Tangan-Nya di siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat." (Hadis riwayat Muslim)
Taubat nasuha bukan hanya sekadar ucapan di lidah. Allah akan menerima taubat itu dengan syarat pelaku kejahatan mencabut akar dosa secara langsung dan menyesali apa yang sudah dilakukannya. Ia juga hendaklah bertekad untuk tidak kembali kepada perbuatan dosa itu dan mengembalikan hak orang dizaliminya. Sebaiknya taubat itu dilakukan sebelum melihat kedatangan kematian.

Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga datang ajal kepada seseorang di antara mereka, barulah ia mengatakan: "Sesungguhnya sekarang saya bertaubat." Dan tidak pula (diterima taubat) orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang itu sudah kami sediakan seksa yang pedih." (Surah an-Nisa, ayat 17 dan 18)

Allah mengajak pelaku perbuatan dosa untuk bertaubat supaya Allah mengampuni mereka. Firman Allah bermaksud: "Tuhanmu sudah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (iaitu) barang siapa yang berbuat kezaliman di antara kamu lantaran kejahilan kemudian dia bertaubat selepas mengerjakannya dan mengadakan pembaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-An'am, ayat 54)

Allah Maha Pengampun dan Pengasih menyukai taubat hamba-Nya dan memerintahkan mereka untuk bertaubat supaya mereka diampuni Allah, sementara syaitan, jin dan manusia menginginkan mereka menyimpang daripada kebenaran menuju kebatilan.
Sesungguhnya rahmat Allah mencakup segala sesuatu, maka jika seseorang hamba sudah melampaui batas pada perbuatan maksiat dan dosa, kemudian ia bertaubat, maka sesungguhnya Allah akan menerima taubatnya itu.

Seorang muslim yang sedar dengan kesalahan dan maksiat, maka selayak baginya untuk memperbanyak taubat dan mohon ampun. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Demi Allah sesungguhnya Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih daripada tujuh puluh kali." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sabda Nabi Muhamad SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hamba-Nya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu." (Hadis Mutafaq alaihi)

Sunday, January 18, 2009

MUNAKAHAT

dah habis bab faraid...ann nak kongsi lak bab munakahat...yg ni pun penting gak...
Takrif Nikah :
Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.
Dari segi istilah Syarak : Suatu Ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram.
Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )
Dalil yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu dituntut oleh syarak adalah seperti berikut :
  • Dalil dari Al-Quran yang bermaksud : "Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )
  • Dalil dari As-sunnah yang bermaksud: "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )
  • Dari Ijmak Ulama : Semua ulama sepakat mengatakan bahawa hukum perkahwinan itu adalah dituntut oleh Hukum Syarak.

Hukum berkahwin itu ada empat :

  1. Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
  2. Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
  3. Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
  4. Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.

Rukun-rukun nikah :

  1. Lelaki yang bakal menjadi suami.
  2. Perempuan yang bakal menjadi isteri.
  3. Wali yang adil
  4. Dua orang saksi yang adil
  5. Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)

Syarat-syarat lelaki bakal suami :

  1. Beragama Islam
  2. Tidak berihram haji atau umrah
  3. Lelaki tertentu
  4. Belum mempunyai empat isteri
  5. Dengan kerelaan diri sendiri bukan paksaan
  6. Seorang lelaki (bukan khunsa musykil)

Syarat-syarat perempuan bakal isteri :

  1. Beragama Islam.
  2. Perempuan yang tertentu.
  3. Bukan Mahram kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya
  4. Bukan isteri orang dan tidak di dalam eddah orang lain.
  5. Tidak berihram haji atau umrah.

Syarat-syarat wali :

  1. Beragama Islam.
  2. Seorang lelaki.
  3. Baligh.
  4. Dengan kerelaan sendiri bukan paksaan.
  5. Tidak berihram haji atau umrah.
  6. Orang yang adil ( tidak fasiq ).
  7. Seorang yang sempurna akalnya.

Syarat-syarat saksi :

  1. Bilangannya tidak kurang daripada dua orang.
  2. Beragama Islam.
  3. Berakal
  4. Baligh
  5. Lelaki.
  6. Sejahtera pancaindera (boleh melihat, mendengar, bertutur).
  7. Memahami isi-isi kandungan lafaz ijab dan qabul.
  8. Orang yang adil (tidak fasiq)

Sighah Ijab:

  • Sighah ijab hendaklah digunakan lafaz nikah atau dengan terjemahan daripada dua lafaz itu dalam apa jua bahasa.
  • Lafaz ijab boleh dibuat oleh wali itu sendiri atau wakilnya.
    Contohnya : "Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Fatimah bte Abdullah / berwakilkan wali bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai ".
    Sighah Qabul : Iaitu upacara penerimaan daripada lelaki sendiri ataupun wakilnya setelah selesai sighah ijab dengan tidak diselangi oleh apa-apa perkataan asing atau masa yang panjang.
    Contohnya : "Aku terima nikah Fatimah bte Abdullah dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai " .

Thursday, January 15, 2009

WARIS YANG BERHAK

Salam kepada semua sahabat... ann nak sambung tentang ilmu faraid.... kenapa ann bincangkan ilmu faraid kat cni??? sebenarnya ann kna wat assignment tentang ilmu faraid.. alang2 dah ada ann post la nak kongsi dengan sahabat2...mungkin boleh memberi manfaat....tul x? mungkin benda ni penting kpd kita satu hari nanti kan?? tak salah rasanya kalau kita kongsi apa yg kita ada...post yg lepas ann dah tulis tentang definisi dan dalil, kali ni ann nak kongsi lak waris yg berhak mewarisi harta pusaka:

Waris-waris yang akan mewarisi adalah didasarkan kepada tiga sebab iaitu:
1.Perkahwinan
2.Keturunan/kerabat
3.Pembebabsan hamba
Disamping itu, waris-waris yang akan mewarisi tertakluk kepada syarat-syarat dan halangan daripada menerima pusaka.


WARIS LELAKI YANG MENERIMA PUSAKA

Waris atau orang lelaki yang berhak menerima pusaka ialah:

  1. Anak lelaki, cucu lelaki hingga ke bawah,
  2. Bapa,
  3. Datuk hingga ke atas,
  4. Saudara lelaki seibu sebapa,
  5. Saudara lelaki sebapa,
  6. Saudara lelaki seibu,
  7. Anak saudara lelaki seibu sebapa,
  8. Anak saudara lelaki sebapa,
  9. Bapa saudara seibu sebapa,
  10. Bapa saudara sebapa,
  11. Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu),
  12. Anak bapa saudara sebapa (sepupu),
  13. Pembebas hamba.

WARIS PEREMPUAN YANG MENERIMA PUSAKA

Waris atau orang perempuan yang berhak menerima pusaka ialah:

  1. Anak perempuan,
  2. Cucu perempuan dari anak lelaki hingga ke bawah,
  3. Ibu,
  4. Nenek dari sebelah ibu,
  5. Nenek dari sebelah bapa,
  6. Saudara perempuan seibu sebapa,
  7. Saudara perempuan sebapa,
  8. Saudara perempuan seibu,
  9. Isteri,
  10. Pembebas hamba.

Wednesday, January 14, 2009

HALANGAN PUSAKA

Waris-waris yang berhak menerima pusaka sama ada dengan sebab perkahwinan atau dengan sebab keturunan ada kalanya terhalang daripada menerima pusaka pemilik harta dengan adanya halangan-halangan seperti membunuh, berlainan agama dan murtad.

Halangan dari menerima pusaka ada tiga:

Penghambaan: Hamba tidak boleh menerima pusaka daripada ahli keluarganya.

Pembunuhan: Apabila seseorang waris telah membunuh pewarisnya, maka dia tidak boleh menerima pusakanya. Seperti sabda Rasulullah s.a.w:


لَيْسَ لِلقَاتِلِ مِنْ تَرِكَةِ المَقْتُوْلِ شَيْءٌ
Maksudnya: Pembunuh tidak boleh menerima apa-apa pusaka daripada orang yang dibunuhnya.

Perbezaan agama: Ini adalah antara Islam dengan bukan Islam, oleh itu orang Islam tidak boleh mewariskan hartanya kepada orang bukan Islam dan orang bukan Islam tidak boleh mewariskan hartanya kepada orang Islam. Seperti sabda Rasulullah s.a.w:


لاَ يَرِثُ المُسْلِمُ الكَافِرَ وَلاَ الكَافِرُ المُسْلِمَ
Maksudnya: Orang Islam tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi orang Islam.

Halangan-halangan ini menyebabkan waris-waris berkenaan tidak mewarisi pusaka dan tempatnya digantikan oleh orang lain seolah-olah mereka tidak wujud langsung. Maknanya mereka yang mempunyai halangan ini tidak boleh disenaraikan sebagai waris-waris yang berhak mewarisi pusaka dan mereka dianggap sebagai tidak ada.

JENIS-JENIS HALANGAN DALAM PUSAKA

i. Halangan Menyeluruh
ii. Halangan Mengurang

‘Halangan menyeluruh’ ialah halangan terhadap waris daripada menerima harta kerana ada waris lain yang berhak menerimanya, seperti datuk terhalang daripada menerima pusaka atas sebab ada bapa yang menerima pusaka bersama dengannya, atau saudara lelaki sebapa terhalang daripada menerima pusaka atas sebab ada saudara lelaki seibu sebapa bersamanya. Saudara lelaki seibu sebapa pula terhalang daripada menerima pusaka apabila ada anak lelaki si mati yang menerima pusaka bersama dengannya. Halangan ini dinamakan halangan menyeluruh.

Halangan mengurang pula ialah ‘perubahan bahagian pusaka’ daripada bahagian yang besar kepada bahagian yang lebih kecil. Ini berlaku atas sebab ada seseorang yang lain, seperti suami si mati yang berhak menerima separuh (1/2) daripada harta pusaka, terpaksa menerima satu perempat (1/4) sahaja daripada harta tersebut atas sebab ada anak si mati menerima pusaka bersamanya. Begitu juga isteri yang berhak menerima satu perempat (1/4) daripada harta pusaka akan hanya berhak menerima satu perlapan (1/8) sahaja daripada pusaka apabila ada anak si mati menerima pusaka bersamanya. Halangan ini dinamakan halangan mengurang.

Halangan mengurang ini hanya berlaku ke atas waris yang boleh menerima dua jenis bahagian pusaka, iaitu ‘bahagian pusaka yang besar’ atau ‘bahagian pusaka yang lebih kecil’. Mereka-mereka yang memiliki bahagian seperti ini ialah: Suami, isteri, cucu perempuan dari sebelah anak lelaki, saudara perempuan sebapa dan ibu.

Monday, January 12, 2009

MISS U ALL

Nur Suriani





ni la dik su...budak yg slalu ann pisahkn dr mak dia...jahat kn? xde la jahat sangat..kalau ann blik mesti dik su ni kat rumah ann...manja ni...suka jalan2 n makan ais krim, pantang tgk org pakai lawa2...msti nangis nak ikut...kalau depan kamera pandai dia senyum....


Rabiatul Adawiyah

ni lak adik sepupu ann... ann jarang blik, jaang jumpa jd ktorg xla rapat sangat, susah nak dgr suara dia...mahal sgt..hehe.. ann lak suka nyakat dia sampai dia nangis... ann xde adik pompuan kecik...adik pompuan ann yg bongsu dh tingktn 3, jd dik su dgn adawiah la jadi mangsa ann.





yang paling menarik dgn adawiyah ni.... dia suka warna hijau...sama dgn ann... kalau ann blik kg msti dorg yg ann cari dulu...

antara dua org ni dik su la yg selalu ann jumpa coz sblh rumah jer... klau adawiyah jauh ckit... tp dua2 an sayang... ni pun xsabar nak balik...sblm blik pening dok pk apa yg ann nak bag kat dorg.... last ann belu gula2 je kot...(kedekut punya org)...

k la ann citer lain lak ek...

Friday, January 9, 2009

ILMU FARAID


Definisi Ilmu Faraid

Faraid berasal daripada perkataan arab iaitu jamak kepada Faridhah ( فريضة) dan asalnya daripada perkataan Fardh ( فرض ) yang bererti al-Taqdir ( التقدير ) yang bermakna " yang ditaqdirkan " atau " yang ditentukan ".

Ilmu Faraid ialah ilmu Pembahagian Harta Pusaka di namakan juga ilmu Pewarisan ( الميراث علم ) atau ilmu al-Tarikah ( علم التركة ) iaitu ilmu yang berkaitan dengan harta peninggalan si mati.

Beberapa definisi telah diberikan kepada ilmu faraid antaranya :

• Ilmu faraid ialah fiqah warisan dan ilmu hisab yang boleh menyampaikan kepada mengetahui apa yang telah difardhukan bagi setiap orang yang berhak mendapat harta peninggalan si mati
• Ilmu faraid juga ialah kaedah fiqah dan hisab yang mana dengan kaedah ini dapatlah diketahui hak setiap orang waris ke atas harta peninggalan si mati.

Hukum Pusaka

Pusaka ialah suatu hukum Islam yang disabitkan dengan nas al-Quran dan Sunnah serta Ijmak Ulama. Firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 7 :


Maksudnya : Bagi orang-orang lelaki ada bahagian daripada apa yang telah ditinggalkan oleh kedua ibu bapa dan kerabatnya, dan bagi orang-orang perempuan ada bahagian apa yang telah ditinggalkan oleh kedua ibu bapa mereka sama ada sedikit atau banyak merupakan bahagian yang ditetapkan.


Dalil daripada hadis pula ialah :


قوله صلى عليه وسلم : ألحقوا الفرائض بأهلها فما بقي فلأولي رجل ذكر

(رواه البخاري)

Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : Hubungkan faraid itu kepada ahlinya, maka mana-mana yang lebih ( baki ), maka ia menjadi kepunyaan orang lelaki.

Manakala ijmak ulamak pula memutuskan bahawa faraid telah diperundangkan dan tidak ada seorang Islam pun yang berbeza pendapat berhubung dengan hukumnya.


Thursday, January 8, 2009

WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG...(KISAH BENAR )

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah ini biarlah tersemat didalam jiwa... Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang). Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun. Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% saya perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya. Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. "Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga." "Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat." "Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga." "Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)." Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam -she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband- Dari Abdullah bin 'Amr lah.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!


p/s: lupa dh dr mn dpt artikel ni...tp utk tatapan sahabat2 sbg pengajaran

Tuesday, January 6, 2009

KURMA DAN KISMIS DIET YANG MENYIHATKAN

Imam Ali a.s. berkata: ‘Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya sesuatu yang tidak disenangi.’

Imam Ali a.s. berkata: ‘ kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.’

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “ Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lender, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”

Diriwayatkan di dalam kitab ‘At-Tib An Nabawi’ (perubatan Nabi) dalam hadis yang bermaksud : “ Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut.”

Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. : “ Beri makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita yang hamil memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

Monday, January 5, 2009

UNTUK YANG BERGELAR MUSLIMAH

Semoga hijab(tudung) menjadi pakaianmu
Semoga kesucian menjadi amalanmu
Semoga kesopanan menjadi perhiasanmu
Semoga syurga menjadi tempatmu.
“seindah hiasan adalah wanita solehah”

Wahai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak diganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al-Ahzab 33:59)

Sunday, January 4, 2009

INDAHNYA ISLAM

Jadikan perpisahan ini untuk menguatkan jiwa kita,
Agar kita tidak menjadi hamba hawa nafsu,
Agar sentiasa merasakan diri ini hamba Allah,
Jangan merasakan perpisahan ini satu kongkongan,
Maka jangan kita berburuk sangka kepada Yang Esa,
Maka ramai di antara umat terdahlu telah dibinasakan,
Akibat kesombongan dan keingkaran mereka,
Apakah kita hendak menjadi antara golongan yang rugi?,
Maka janganlah kita menjadi di kalangan umat yang terdahulu,
Mereka yang sombong dan bencikan kebenaran,
Maka jangan jerumuskan diri dalam kemurkaannya,
Demikianlah manusia yang mengerjakan kejahatan maka neraka baginya,
Dan bagi manusia yang mengerjakan kebaikan untuk mereka syurga yang aman dan indah,
Kejarlah redha Allah dan mintalah rahmat Allah,
Ya Allah sertakanlah kami di atas Maghfirah dan keredhaanMU,
Jangan dihimpunkan kami di antara golongan yang rugi.

Saturday, January 3, 2009

Kasih Sayang mengikut bulan lahir.

Januari
Mudah jatuh cinta
Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicinta sekiranya dikhianati
Pandai mengambil hati pasangannya
Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya
Bersikap romantic tetapi tidak pandai menunjukkannya
Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangan tetapi tidak kisah sekiranya pasangannya cemburu terhadapnya
Bakal menjadi bapa atau ibu yang penyayang
Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Februari
Sukar untuk jatuh cinta
Amat hormat pada pasangan
Amat suka memikat pasangan
Jujur dan berterus terang dalam perhubungan
Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu)
Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan
Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya

Mac
Mudah menawan hati pasangannya
Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya
Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
Sangat baik dalam menjaga perhubungan
Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai
Perasaan cemburu yang minimum
Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya
Mudah memilih pasangan tanpa berfikir waras
Sentiasa mengharapkan keistimewaan daripada pasangan

April
Individu yang amat sukat untuk jatuh cinta
Selalu memendam perasan terhadap individu yang dicintai
Sukar dan malu alam meluahkan isi hati
Sentiasa ingin diberi perhatian
Amat cemburu dalam perhubungan
Kesetiaan teguh terhadap pasangannya
Emosi cepat terusik dan mudah terluka
Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk
Romantik dan terlalu romantik
Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai
Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangannya


Mei
Amat mudah jatuh cinta
Baik dan jujur dalam perhubungan
Pandai menarik hati pasangan
Perasaan cinta yang mendalam
Mudah untuk dipujuk
Mudah menerima cinta seseorang
Pilihan yang tepat dalam berpasangan
Nekad untuk menjaga hubungan yang baik
Pandai mengatur hidup pasangan (queen control @ king control)
Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan
Sentiasa dahakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan
Ambil berat dalam menjaga perhubungan

Jun
Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan
Sukar melukai dan memahami hati pasangan
Mudah jatuh hati tetapi terlalu memilih
Cerewet dalam perhubungan
Selalu beremosi
Mudah merajuk dan mudah dipujuk
Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang
Elok untuk menjadi ibu yang baik
Dahagakan pujian dari pasangan

Julai
Amat suka didampingi pasangan
Sukar dimengerti oleh pasangan
Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
Amat mudah di pujuk dan berterus terang
Amat menghargai kesetiaan pasangan
Mengambil berat dan mengasihi pasangan
Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai
Mudah terluka dan lambat untuk pulih
Suka merajuk dan dipujuk
Setia terhadap pasangan
Suka mendengan dan tidak suka membantah
Cemburu terhadap pasangan
Suak menilai dan menjaga perhubungan

Ogos
Pandai memujuk pasangan
Suka memimpin pasangan
Romantic, pengasih dan penyayang
Kelam kabut dalam perhubungan
Sangat sensetif
Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan

September
Besopan dalam hubungan
Bertolak ansur terhadap pasangan
Suku mengkritik pasangan
Sangat prihatin terhadap pasangan
Sangat sensetif dan emosi
Pandai memahami pasangan
Kurang menunjukkan perasaan terhadap pasangan
Sukar melupakan sekiranya hati terluka
Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan
Pandai menyimpan perasaan
Suka berterus terang sekiranya perkara itu tak disetujuinya

Oktober
Amat suka berkomunikasi dengan pasangan
Suka disayangi dan menyangi pasangan
Sopan terhadap pasangan
Jujur dan jarang berpura-pura terhadap pasangan
Emosi yang mudah terusik
Pengasih dan pengayang terhadap pasangan
Cemburu dan terlalu cemburu
Romantik
Memahami pasangan

November
Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan
Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa
Agak degil dan kuat pendirian
Mudah ambil berat terhadap pasangan
Emosi yang mendalam
Perangai yang tak dapat diramal oleh pasangan

Disember
Pemurah terhadap pasangan
Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama
Tergesa-gesa dalam perhubungan
Suka didampingi oleh pasangan
Benci bila dikongkong
Berbakat untuk berkahwin lebih dari satu (untuk lelaki)
Suka mempengaruhi pasangan



sumber: MW(MAC 2006)

Friday, January 2, 2009

JENIS DARAH TENTUKAN SIFAT ANDA

Jenis darah, selain boleh menjadi panduan untuk menentukan diet yang sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorang. Hasil sebuah kajian yang telah dilakuakn di Jepun terhadap beberapa jenis kumpulan darah, mendapati ada beberapa keperibadian tertentu yang dikatakan sesuai dengan jenis darah orang yang berkaitan. Anda mungkin boleh melihat sendiri apakah antara anda suami isteri mempunyai keserasian dan sifat-sifat tertentu berdasarkan penelitian di bawah ini:

Kumpulan Darah O
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-setter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetitif. Betul tak?

Kumpulan Darah A
Anda juga suka berkelarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik denga orang lain, peka, sabar dan penuh berhati-hati. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakuakn sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.

Kumpulan Darah B
Anda punya tabiaat keras dan individualis, suka berterus terang tanpa memikirka orang lain dan melakukan segala sesuatu dengan cara sendiri. Namun kelemahan yang anada miliki adalah cenderung terlalu mendiri, yang boleh merugikan.

Kumpulan Darah AB
Dingin dan terkawal makamya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghiburkan orang lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadand-kadang boleh menyakiti orang lain.

Cuba suaikan diri anda dengan pasangan, betul atau tidak?

sumber: MW(MAC 2006)