SeDih keRana berJauhan deNgan keluaRga, itulah haRga sebuah peRjuangan hidup. SeDih keRana teRingatkan amaLan keRana masih di baWah kaki buKit, elokLah di tingkaTkan dalam masa kita masih teRsedaR ini. Sedih keRana maCam-maCam ujian yang menimpa diri, itulah haRga untuk Tiada Tuhan seLain ALLAH...

Wednesday, May 18, 2011

sejarah mungkin berulang

kenangan sering menjelma...kenangan iu sering menghantui diri ini..aku biarkan semua berlalu, seolah0olah berpatah balik menjengah hati ini menjadikan aku tidak keruan... tidak ku pinta jadi begini kerana ia amat memritkan, aku redha dengan ketentuan aku, aku maafkan dia demi kebahagiaan dia... aku?? aku kecewa tapi sampai bila aku nak hambakan diriku pada kenangan yang telah menghancurkan hati aku? cinta tidak kesampaian, itulah istilah yang sering aku dengar dan aku rasa sekarang, perit pedih dan amat menyakitkan....

kenapa aku perlu menangis untuk sebuah perpisahan?? sia2 air mata ini, tidak kemana pun...perjalanan hidupmu perlu diteruskan sehingga sampai ke destinasi yang abadi...kita memang tidak akan lepas dari dugaan di tempat persinggahan...persinggahan yang sementara, yang hanya menjanjikan seribu kemanisan yang fana...kejarlah kebahagiaan abadi kerana itulah yang akan menjadi temanmu di destinasi....

usirlah kenangan yang akan membuat air matamu menitis lagi....air mata kekesalan...titiskan air mata keinsafan itu yang terbaik...kerana kasih Allah tiada bertepi...janji Allah adalah pasti...


Thursday, May 5, 2011

T.E.R.S.E.N.T.U.H

"tersentuh hati ini bila mendapat undangan walimah dari rakan-rakan...kenapa perlu aku merasa begitu?? doakan kebahagiaan mereka, dah takdirnya mereka mendahului kita.... sebenarnya dan sememangnya aku hanya manusia biasa yang inginkan kebahagiaan itu, mendambakan semunya berakhir dengan kebahagiaan,... tapi mungkin belum sampai masanya lagi...
menitis air mata ini setiap kali menatap kad undangan kahwin...kenapa??? tak perlu, tak sepatutnya aku merasa begitu, banyak lagi misi dan kerja perlu aku selesaikan sebelum aku melangkah ke alam perkahwinan...impian aku untuk mendirikan masjid di usia muda tidak kesampaian,...kerana kekasih hatiku telah berpaling tadah... salah siapa?? aku pun tidak tahu, apa yang aku tahu tiada jodoh antara kami....redha dan pasrah dengan ketentuan Allah...."

cerita demi cerita yang aku dengar dan baca membuatkan aku tersenyum sendirian... alangkah indahnya semasa kecil kita kan??? tak perlu untuk fikir dan menjawab soalan2 sebegini rupa...
apa ada pada umur??? nombor semata-mata.... yg penting ilmu dan pengalaman yang harus dikutip buat panduan hidup yang penuh pancaroba...
cuba memujuk hati sendiri, agar pasrah dengan ketentuan Ilahi, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya... buat saudara dan saudari pembaca...ingatlah jodoh dan pertemuan itu ketentuan Allah, rahsia Allah siapa yang tahu... ikhlaskan hati untuk menerima walaupun pahit bagai hempedu, kerana itu yang terbaik buat kita...
kepada adikku yang akan melangsungkan perkahwinannya nanti semoga bersedia untuk mengharungi badai lautan perkahwinan..maafkan kakakmu ini kerana tidak dapat sama2 meraikan hari bahagia...doa dari perantauan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan jadilah isteri yang solehah.






Friday, April 29, 2011

saat hati menangis

sendirian melewati tabir kenangan, padahal apa yang akan ku lihat akan merobek hati dan perasaan, mutiara jernih terbit dari kelopak mata... apa tandanya???
berfikir untuk meraih jawapan, merenung untuk meminta kepastian ..memberi erti kepada sebuah tangisan..

aku manusia lemah...tidak kuat untuk menampung segunung kekecewaan...
tidak pantas untuk lari dari kehibaan... aku mengharung bdai walaupun semakin dalam dan berliku...aku makin lemas dalam lautan khayalan dan angan-angan yang tidak mungkin akan menjadi kenyataan... aku mencampakkan diriku dalam sungai kesedihan, merebahkan hati pada kealpaan...

adakah aku terlupa pada kuasa Pencipta??? tidak!!! aku tidak sesekali tergolong dalam golongan yang lalai....
aku ingin hidup bahagia, seperti insan lain, namun apakan dayaku...aku lemah, menghambakan diri pada cinta yang tidak kesampaian, mengabdikan diri pada orang yang tak pandai menghargai...adakah ini salah ku???? aku tiada jawapan...

seringkali aku dihujani soalan yang tiada jawapan,...

biarkan segalanya berkubur..seiring detik yang berlalu...

hanya aku inginkan secebis ketnangan...

aku kembali padaMU ya Allah... terimalah aku kembali...



Sunday, February 20, 2011



7hb feb aku dikehendaki melaporkan diri di hotel goldcourse.... da orientasi penempatan... lps isya' aku bertolak dari kelantan, smpai kl pkul 7pg...smpai trus bersiap, mandi, sarapan di rumah kawan ayahku...kol 7.30 bertolak ke hotel... dengan xtdo, xde rehat langsung, pening aku rasa... tp hati ttp sedih,...lps ni akan berpisah dengan family...kak dah dan husbandnya, adik ain, mak n ayah...

sampai kat hotel taklimat dh nk mula, ayah dan abgku hantar bag ke blik..lps 2 aku trus diminta ke dewan, aku tinggalkan dorg di bilik hotel, dengan harapan dorg berehat... taklimat kejap je kot... tp rupanya sampai kol 1 lebih.. adik ain smpai tertido tunggu lama sangat...

kini masanya aku ditinggalkan...tak tahu apa perasaan, sebelum dorg berangkat pulang, kakak ku pastikan aku makan dulu, tapi seleraku dah berkurang walaupun lapar sangat... aku makan untuk ilagkan risau dorg...lepas makan aku bersalam, dipeluk...saat ini tak tertahan air mata ni...aku menangis, menyebabkan mak aku menangis jugak...adik ain yang petah berkata2 memujukku menyebabkan air mata ini makin laju, bila lagi aku dapat dgr celotehnya yg amat menghiburkan....ayahku ttp cool, xpnah nk tunjuk sedihnya...biasalah lelaki...ego...

akhirnya aku ditinggalkan dengan pelbagai azimat...nasihat dan kata2 pendorong, kekuatan untuk aku menempuhi hidup di rantau orang...

air mata trus mengalir, kegembiraan dan kesedihan bercampur aduk...

"aku pergi kerana amanah, pastinya aku akan kembali dengan izin Allah untuk meneruskan tanggungjawabku sebagai anakmu ibu..."

untuk kak dah dan husband, terima kasih banyak2, jasamu akan ku kenang sampai mati, tak terbalas pengorbanan selama ni...

adik ain yg comel dan cerdik...kak ye akan sentiasa rindukan cerita2 adik ain...


Monday, January 17, 2011

Syukur ku



kini tibalah masanya aku berhijrah ke alam pekerjaan....macam mimpi kini aku menjadi seorang guru, walaupun ini merupakan cita-citaku..cita-citaku dari kecil lagi...

Isnin at Kuala Krai :
jam 8.30 pagi:

terasa rindu nak dengar suara mak, lagipun perasaan sedih sebab kawan-kawan sudah dapat surat penempatan, tapi surat aku tak samapi lagi. samada lambat sampai atau tak dapat posting...lepas bersembang serba sedikit dengan ibu tercinta, aku teruskan kerja aku....kerja memasukkan data orang yang berkahwin,...

jam 10 pagi:

mak aku col bagitahu ada surat...tapi apa isi suratnya??? satu persatu aku dibacakan tentang isi surat itu....tak terkata...happy??? sedih??? jatuh air mataku....Alhamdulillah sampai juga surat yang ditunggu...

selepas itu, terus sahaja kaki aku melangkah ke surau pejabat untuk mengucapkan terima kasih kepada Maha Pencipta, Maha Kaya dan Maha Pengasih.... amanah yang besar telah terpikul di bahu, ke negeri Sabah aku di hantar untuk berbakti...daerah mana, belum lagi diketahui...