SeDih keRana berJauhan deNgan keluaRga, itulah haRga sebuah peRjuangan hidup. SeDih keRana teRingatkan amaLan keRana masih di baWah kaki buKit, elokLah di tingkaTkan dalam masa kita masih teRsedaR ini. Sedih keRana maCam-maCam ujian yang menimpa diri, itulah haRga untuk Tiada Tuhan seLain ALLAH...

Thursday, May 5, 2011

T.E.R.S.E.N.T.U.H

"tersentuh hati ini bila mendapat undangan walimah dari rakan-rakan...kenapa perlu aku merasa begitu?? doakan kebahagiaan mereka, dah takdirnya mereka mendahului kita.... sebenarnya dan sememangnya aku hanya manusia biasa yang inginkan kebahagiaan itu, mendambakan semunya berakhir dengan kebahagiaan,... tapi mungkin belum sampai masanya lagi...
menitis air mata ini setiap kali menatap kad undangan kahwin...kenapa??? tak perlu, tak sepatutnya aku merasa begitu, banyak lagi misi dan kerja perlu aku selesaikan sebelum aku melangkah ke alam perkahwinan...impian aku untuk mendirikan masjid di usia muda tidak kesampaian,...kerana kekasih hatiku telah berpaling tadah... salah siapa?? aku pun tidak tahu, apa yang aku tahu tiada jodoh antara kami....redha dan pasrah dengan ketentuan Allah...."

cerita demi cerita yang aku dengar dan baca membuatkan aku tersenyum sendirian... alangkah indahnya semasa kecil kita kan??? tak perlu untuk fikir dan menjawab soalan2 sebegini rupa...
apa ada pada umur??? nombor semata-mata.... yg penting ilmu dan pengalaman yang harus dikutip buat panduan hidup yang penuh pancaroba...
cuba memujuk hati sendiri, agar pasrah dengan ketentuan Ilahi, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya... buat saudara dan saudari pembaca...ingatlah jodoh dan pertemuan itu ketentuan Allah, rahsia Allah siapa yang tahu... ikhlaskan hati untuk menerima walaupun pahit bagai hempedu, kerana itu yang terbaik buat kita...
kepada adikku yang akan melangsungkan perkahwinannya nanti semoga bersedia untuk mengharungi badai lautan perkahwinan..maafkan kakakmu ini kerana tidak dapat sama2 meraikan hari bahagia...doa dari perantauan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan jadilah isteri yang solehah.






0 dh bace komen la:

Post a Comment