Sebagaimana kata seorang wali Allah
iaitu Rabiatul Adawiah:
Allah telah menjadikan lelaki
itu mempunyai sembilan akal dan
satu nafsu dan menjadikan perempuan
satu akal dan sembilan nafsu.
Bukanlah maksud saya di sini bahawa
orang lelaki lebih bijak kerana
dia diberi sembilan akal, tetapi,
tujuannya untuk menyatakan ada
perbezaan antara lelaki dengan
perempuan. Secara umum, dari segi
psikologi lelaki dan perempuan berbeza
tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa
- Orang perempuan juga suka mengubah
penampilan diri dan tindakan
pasangannya. ! Jadi pantang ada yang
tidak kena dengan suaminya, isteri
akan segera menegur dan menyuruh
membuat perubahan. Sebaliknya orang
lelaki biasanya, hanya akan memberi
teguran apabila pasangannya agak
keterlaluan. Umpamanya, apabila si
suami melihat isterinya memakai
pakaian yang terlalu ketat, maka dia
akan menegurnya. mmg ler..org lelaki
biasanyer tegur cam gitu sbb jeles ble
nengok bini dia cun..ahaksss
- Orang lelaki juga sering memberi
tumpuan kepada aspek fizikal atau
kebendaan manakala perempuan lebih
menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan
lebih mudah merajuk dan tersinggung
dan lebih mudah bersimpati dan sedia
berkorban. fitrah org pompuan
dlahirkan begitu..
- Bagi orang perempuan, mengalah itu
tanda sayang dan pengorbanan manakala
bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah
dan tiada prinsip kukuh. Jadi
elakkanlah daripada merendah-rendah
atau mencabar suami. org lelaki tu
sebenarnyer ego namanyer..
- Gerak hati orang perempuan adalah
lebih tajam daripada orang lelaki.
Jadi para suami mesti ingat, jangan
cuba membohongi isteri! that's
true..sblm korang buat para2 isteri ni
slalunyer dh dpt rasa daaaa...
- Orang perempuan, apabila risau atau
mengalami ketegangan, akan
menceritakan masalahnya kepada orang
lain. Berbeza dengan orang lelaki,
mereka lebih kerap mendiamkan diri
apabila bermasalah. sbb tu ramai org
lelaki yg alami gagguan jiwa..senang
ckp gila la...
- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir
tentang kesetiaan isterinya. Sebab
orang perempuan, apabila menyayangi
seorang lelaki, akan menutup hati dan
pemikirannya terhadap lelaki lain.
Orang lelaki pula lebih fleksibel. dlm
hal ni org lelaki mmg fleksibel sgt2...
- Orang perempuan mudah jadi marah,
cemburu dan merajuk apabila imej
dirinya menurun. Orang lelaki akan
menjauhkan diri apabila imej dirinya
tergugat. ble bini dok sibuk g gym &
bdiet..org lelaki slalu ckp x
diet2..awk gemok pun abg syg..tp ble g
shopp nmpk pompuan cantik..bini di soh
jln dgn anak2..laki jln kt blkg..
- Satu lagi perbezaan ialah dari segi
emosi. Emosi lelaki ibarat getah,
manakala emosi perempuan ibarat ombak.
Lantas orang lelaki jika marah atau
merajuk biasanya tidak lama sekitar
dua atau tiga jam saja. Marah atau
merajuk perempuan, agak lama ada
kalanya berhari-hari, malah berminggu-
minggu. ble emosi pompuan dh mcm
tsunami...bwk lari anak2..baru ler org
lelaki ni ngelupur mcm udang kena
bakar..pdhal masalah tu org lelaki yg
create...heran2.
Sunday, February 28, 2010
LELAKI lebih hebat dari PEREMPUAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 dh bace komen la:
Post a Comment