cinta, cinta, cinta....faham ke apa makananya??? kalau tanya kat semua orang mesti mempunyai pendapat dan tafsiran sendiri mengenai cinta. bukan perkara baru, bukan istilah baru...
" Adam Hawa bercinta di Syurga,
angkara iblis terpisah menderita,
kerana Cinta mereka setia,
bertemu di dunia....."
cinta itu fitrah.... kurniaan Allah S.W.T kepada semua manusia... jadi kalau jumpa orang yang takde perasaan cinta, dia adalah orang yang luar biasa...
tapi kan yang mnjadi persoalannya, cinta fitrah semua manusia, tapi kita dilarang bercinta....
sape la yang boleh terfikir soalan mcm ni?? (aku la salah seorangnya). dulu la sekarang dah tahu kenapa... so nak share la dgn pembaca....
memang la cinta itu fitrah yang dianugerahkan Allah kepada semua manusia...manusia tidak boleh hidup tanpa cinta.... tanpa cinta juga manusia tidak dapat mengenali TUHAN pencipta alam semesta dan isinya....
"dengan cinta kenal pencipta,
dengan cinta kenal Rasulnya,
dengan cinta kenal saudara,
bahagia keluarga...."
cinta yang dilarang adalah cinta yang berlandaskan nafsu..... cinta suci berlandaskan syariat Islam di mana matlamatnya adalah Tuhan....
cinta suci boleh dibahagikan kpd :
" Adam Hawa bercinta di Syurga,
angkara iblis terpisah menderita,
kerana Cinta mereka setia,
bertemu di dunia....."
cinta itu fitrah.... kurniaan Allah S.W.T kepada semua manusia... jadi kalau jumpa orang yang takde perasaan cinta, dia adalah orang yang luar biasa...
tapi kan yang mnjadi persoalannya, cinta fitrah semua manusia, tapi kita dilarang bercinta....
sape la yang boleh terfikir soalan mcm ni?? (aku la salah seorangnya). dulu la sekarang dah tahu kenapa... so nak share la dgn pembaca....
memang la cinta itu fitrah yang dianugerahkan Allah kepada semua manusia...manusia tidak boleh hidup tanpa cinta.... tanpa cinta juga manusia tidak dapat mengenali TUHAN pencipta alam semesta dan isinya....
"dengan cinta kenal pencipta,
dengan cinta kenal Rasulnya,
dengan cinta kenal saudara,
bahagia keluarga...."
cinta yang dilarang adalah cinta yang berlandaskan nafsu..... cinta suci berlandaskan syariat Islam di mana matlamatnya adalah Tuhan....
cinta suci boleh dibahagikan kpd :
- cinta kpd Allah
cinta kpd Allah adalah wajib bg setiap muslim utk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat..melakukan segala perintahNya dan meniggalkan segala larangan.
- cinta kpd Rasulullah
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)."
surah al-Taubah: 9- cinta kpd Ibu bapa
keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa, hukumnya wajib.... kerana mereka kita dapat menikmati hidup di dunia, sungguh besar jasa dan pengorbanan mereka..
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil. "
surah Al-Isra' : 23 & 24"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil. "
- cinta kepada ilmu
Katakanlah: “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.”
Surah Al-Kahfi :109
(“Siapa yang berkehendakkan dunia, dia mestilah mempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkan akhirat, dia hendaklah mempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia mempunyai ilmu.)
(Riwayat Muslim)
- cinta kpd diri sendiri dan orang lain
0 dh bace komen la:
Post a Comment