sesekali kita perlu derita,
sesekali kita perlu kecewa,
untuk kita mengenali erti bahagia,
untuk kita mengenali erti berjaya...
sesekali kta perlu menangis,
sesekali kita perlu terhiris,
untuk kita mensyukuri nikmat yang diberi,
untuk kita mengenali diri sendiri...
ujian yang datang meguji kesabaran,
teguh keimanan dan ketaqwaan,
sebagai hamba kepada Tuhan kita harus bertahan...
jalan ke syurga penuh dengan likuannya,
penuh dugaan dan rintangannya,
hanya yang cekal dan tabah,
pasti akan menemuinya...
setitis mihnahNYA,
jika dibandingkan dengan selaut rahmat dan nikmatNYA,
seharusnya kita rasa bersyukur dan berlapang dada,
itulah tanda kasih sayang Allah,
kerana kita sering terlupa ,
pohonkan doa kepada Tuhan agar beroleh kebahagiaan.
0 dh bace komen la:
Post a Comment