SeDih keRana berJauhan deNgan keluaRga, itulah haRga sebuah peRjuangan hidup. SeDih keRana teRingatkan amaLan keRana masih di baWah kaki buKit, elokLah di tingkaTkan dalam masa kita masih teRsedaR ini. Sedih keRana maCam-maCam ujian yang menimpa diri, itulah haRga untuk Tiada Tuhan seLain ALLAH...

Tuesday, August 12, 2008

Oh Tuhan

oh Tuhan..
di depan ujian,
terasa diri ini memerlukanMu
ku harap Kau lindungi hamba yg lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa Maha Pengampun
ku harapkan pintu taubatMu terbuka luas
untuk hambaMu yg sering leka
dengan rahmatMu dan kasih sayangMu
Kau ampunilah segala dosaku..

Tuhanku..
buangkanlah segala kedukaan di hatiku..
aku suka pada insan itu keranaMu
ya Tuhan
segalanya keranaMu ya Tuhan

namun,
seandainya telah Kau takdirkan
dia bukan milik ku
bukan tercipta untuk diriku..
kenapa mesti Kau hadirkan rasa cinta padanya??
kenapa mesti Kau beri keyakinan dalam diriku
agar aku terus mengharap padanya??
kenapa dan kenapa Tuhan??

apa pun sebabnya..
aku tahu pasti ada hikmahnya
masakan Kau menjadikan sesuatu
dengan tujuan yang sia2..

Tuhanku..
aku tau setiap kali air mata ini menitis..
Kau sedang melihatkusetiap kali hatiku sedih..
Kau melihatku dari langitMu
aku pohon dengan segala kekuasaanMu ya Tuhan..
aku tahu Kau tidak akan memberikan ujian
melebihi kesanggupan hambaMu
tapi aku tak sanggup ya Allah
terus2an dipermainkan perasaan dunia..
aku ingin kan keindahan cintaMu
balaslah cintaku ya Allah..
ya Allah..tolonglah aku..


0 dh bace komen la:

Post a Comment