SeDih keRana berJauhan deNgan keluaRga, itulah haRga sebuah peRjuangan hidup. SeDih keRana teRingatkan amaLan keRana masih di baWah kaki buKit, elokLah di tingkaTkan dalam masa kita masih teRsedaR ini. Sedih keRana maCam-maCam ujian yang menimpa diri, itulah haRga untuk Tiada Tuhan seLain ALLAH...

Saturday, August 16, 2008

SESEKALI

sesekali kita perlu derita,
sesekali kita perlu kecewa,
untuk kita mengenali erti bahagia,
untuk kita mengenali erti berjaya...


sesekali kta perlu menangis,
sesekali kita perlu terhiris,
untuk kita mensyukuri nikmat yang diberi,
untuk kita mengenali diri sendiri...


ujian yang datang meguji kesabaran,
teguh keimanan dan ketaqwaan,
sebagai hamba kepada Tuhan kita harus bertahan...


jalan ke syurga penuh dengan likuannya,
penuh dugaan dan rintangannya,
hanya yang cekal dan tabah,
pasti akan menemuinya...


setitis mihnahNYA,
jika dibandingkan dengan selaut rahmat dan nikmatNYA,
seharusnya kita rasa bersyukur dan berlapang dada,
itulah tanda kasih sayang Allah,
kerana kita sering terlupa ,
pohonkan doa kepada Tuhan agar beroleh kebahagiaan.

Friday, August 15, 2008

YA ALLAH BERIKAN AKU PETUNJUK....

"Jika kudiberikan sinar
akan ku pilih kejernihan akar cahaya yang lebur,
jika ku diberikan taman semadiku
biarlah harum yang abadi
pandanglah saujana ini di puncak hasanah tanpa lafaz
jika kudiberikan makna bahasaku

biarlah santun yang sunyi
pulanglah segalanya kepada pengabadian
tanpa sesal
waktu riadah bermuhasabah perjalanan menangkap segala silap
jika kudiberikan lagi kelewatan waktu

biarlah naiwaitu di jendela diri menyambut lembut pengalaman
merimbun embun tak kumenjadi sisa masa lalu,
jika kudiberikan peribadi biarlah lorong diri
dijaga cahaya akar yang membersih mensaujana sinar..."

Thursday, August 14, 2008

MAMPUKAH AKU....

"Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama...


Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan...


Mengalir air mataku,
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintahTaat dengan abuyanya,
yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...


Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Dari catatan hidup Siti Sarah....


Tabah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....


Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah....


wallahualam.....

Wednesday, August 13, 2008

Cinta Sejati Langit & Laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata- kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah- pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Tuesday, August 12, 2008

Oh Tuhan

oh Tuhan..
di depan ujian,
terasa diri ini memerlukanMu
ku harap Kau lindungi hamba yg lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa Maha Pengampun
ku harapkan pintu taubatMu terbuka luas
untuk hambaMu yg sering leka
dengan rahmatMu dan kasih sayangMu
Kau ampunilah segala dosaku..

Tuhanku..
buangkanlah segala kedukaan di hatiku..
aku suka pada insan itu keranaMu
ya Tuhan
segalanya keranaMu ya Tuhan

namun,
seandainya telah Kau takdirkan
dia bukan milik ku
bukan tercipta untuk diriku..
kenapa mesti Kau hadirkan rasa cinta padanya??
kenapa mesti Kau beri keyakinan dalam diriku
agar aku terus mengharap padanya??
kenapa dan kenapa Tuhan??

apa pun sebabnya..
aku tahu pasti ada hikmahnya
masakan Kau menjadikan sesuatu
dengan tujuan yang sia2..

Tuhanku..
aku tau setiap kali air mata ini menitis..
Kau sedang melihatkusetiap kali hatiku sedih..
Kau melihatku dari langitMu
aku pohon dengan segala kekuasaanMu ya Tuhan..
aku tahu Kau tidak akan memberikan ujian
melebihi kesanggupan hambaMu
tapi aku tak sanggup ya Allah
terus2an dipermainkan perasaan dunia..
aku ingin kan keindahan cintaMu
balaslah cintaku ya Allah..
ya Allah..tolonglah aku..