SeDih keRana berJauhan deNgan keluaRga, itulah haRga sebuah peRjuangan hidup. SeDih keRana teRingatkan amaLan keRana masih di baWah kaki buKit, elokLah di tingkaTkan dalam masa kita masih teRsedaR ini. Sedih keRana maCam-maCam ujian yang menimpa diri, itulah haRga untuk Tiada Tuhan seLain ALLAH...

Thursday, January 15, 2009

WARIS YANG BERHAK

Salam kepada semua sahabat... ann nak sambung tentang ilmu faraid.... kenapa ann bincangkan ilmu faraid kat cni??? sebenarnya ann kna wat assignment tentang ilmu faraid.. alang2 dah ada ann post la nak kongsi dengan sahabat2...mungkin boleh memberi manfaat....tul x? mungkin benda ni penting kpd kita satu hari nanti kan?? tak salah rasanya kalau kita kongsi apa yg kita ada...post yg lepas ann dah tulis tentang definisi dan dalil, kali ni ann nak kongsi lak waris yg berhak mewarisi harta pusaka:

Waris-waris yang akan mewarisi adalah didasarkan kepada tiga sebab iaitu:
1.Perkahwinan
2.Keturunan/kerabat
3.Pembebabsan hamba
Disamping itu, waris-waris yang akan mewarisi tertakluk kepada syarat-syarat dan halangan daripada menerima pusaka.


WARIS LELAKI YANG MENERIMA PUSAKA

Waris atau orang lelaki yang berhak menerima pusaka ialah:

  1. Anak lelaki, cucu lelaki hingga ke bawah,
  2. Bapa,
  3. Datuk hingga ke atas,
  4. Saudara lelaki seibu sebapa,
  5. Saudara lelaki sebapa,
  6. Saudara lelaki seibu,
  7. Anak saudara lelaki seibu sebapa,
  8. Anak saudara lelaki sebapa,
  9. Bapa saudara seibu sebapa,
  10. Bapa saudara sebapa,
  11. Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu),
  12. Anak bapa saudara sebapa (sepupu),
  13. Pembebas hamba.

WARIS PEREMPUAN YANG MENERIMA PUSAKA

Waris atau orang perempuan yang berhak menerima pusaka ialah:

  1. Anak perempuan,
  2. Cucu perempuan dari anak lelaki hingga ke bawah,
  3. Ibu,
  4. Nenek dari sebelah ibu,
  5. Nenek dari sebelah bapa,
  6. Saudara perempuan seibu sebapa,
  7. Saudara perempuan sebapa,
  8. Saudara perempuan seibu,
  9. Isteri,
  10. Pembebas hamba.

Wednesday, January 14, 2009

HALANGAN PUSAKA

Waris-waris yang berhak menerima pusaka sama ada dengan sebab perkahwinan atau dengan sebab keturunan ada kalanya terhalang daripada menerima pusaka pemilik harta dengan adanya halangan-halangan seperti membunuh, berlainan agama dan murtad.

Halangan dari menerima pusaka ada tiga:

Penghambaan: Hamba tidak boleh menerima pusaka daripada ahli keluarganya.

Pembunuhan: Apabila seseorang waris telah membunuh pewarisnya, maka dia tidak boleh menerima pusakanya. Seperti sabda Rasulullah s.a.w:


لَيْسَ لِلقَاتِلِ مِنْ تَرِكَةِ المَقْتُوْلِ شَيْءٌ
Maksudnya: Pembunuh tidak boleh menerima apa-apa pusaka daripada orang yang dibunuhnya.

Perbezaan agama: Ini adalah antara Islam dengan bukan Islam, oleh itu orang Islam tidak boleh mewariskan hartanya kepada orang bukan Islam dan orang bukan Islam tidak boleh mewariskan hartanya kepada orang Islam. Seperti sabda Rasulullah s.a.w:


لاَ يَرِثُ المُسْلِمُ الكَافِرَ وَلاَ الكَافِرُ المُسْلِمَ
Maksudnya: Orang Islam tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi orang Islam.

Halangan-halangan ini menyebabkan waris-waris berkenaan tidak mewarisi pusaka dan tempatnya digantikan oleh orang lain seolah-olah mereka tidak wujud langsung. Maknanya mereka yang mempunyai halangan ini tidak boleh disenaraikan sebagai waris-waris yang berhak mewarisi pusaka dan mereka dianggap sebagai tidak ada.

JENIS-JENIS HALANGAN DALAM PUSAKA

i. Halangan Menyeluruh
ii. Halangan Mengurang

‘Halangan menyeluruh’ ialah halangan terhadap waris daripada menerima harta kerana ada waris lain yang berhak menerimanya, seperti datuk terhalang daripada menerima pusaka atas sebab ada bapa yang menerima pusaka bersama dengannya, atau saudara lelaki sebapa terhalang daripada menerima pusaka atas sebab ada saudara lelaki seibu sebapa bersamanya. Saudara lelaki seibu sebapa pula terhalang daripada menerima pusaka apabila ada anak lelaki si mati yang menerima pusaka bersama dengannya. Halangan ini dinamakan halangan menyeluruh.

Halangan mengurang pula ialah ‘perubahan bahagian pusaka’ daripada bahagian yang besar kepada bahagian yang lebih kecil. Ini berlaku atas sebab ada seseorang yang lain, seperti suami si mati yang berhak menerima separuh (1/2) daripada harta pusaka, terpaksa menerima satu perempat (1/4) sahaja daripada harta tersebut atas sebab ada anak si mati menerima pusaka bersamanya. Begitu juga isteri yang berhak menerima satu perempat (1/4) daripada harta pusaka akan hanya berhak menerima satu perlapan (1/8) sahaja daripada pusaka apabila ada anak si mati menerima pusaka bersamanya. Halangan ini dinamakan halangan mengurang.

Halangan mengurang ini hanya berlaku ke atas waris yang boleh menerima dua jenis bahagian pusaka, iaitu ‘bahagian pusaka yang besar’ atau ‘bahagian pusaka yang lebih kecil’. Mereka-mereka yang memiliki bahagian seperti ini ialah: Suami, isteri, cucu perempuan dari sebelah anak lelaki, saudara perempuan sebapa dan ibu.

Monday, January 12, 2009

MISS U ALL

Nur Suriani





ni la dik su...budak yg slalu ann pisahkn dr mak dia...jahat kn? xde la jahat sangat..kalau ann blik mesti dik su ni kat rumah ann...manja ni...suka jalan2 n makan ais krim, pantang tgk org pakai lawa2...msti nangis nak ikut...kalau depan kamera pandai dia senyum....


Rabiatul Adawiyah

ni lak adik sepupu ann... ann jarang blik, jaang jumpa jd ktorg xla rapat sangat, susah nak dgr suara dia...mahal sgt..hehe.. ann lak suka nyakat dia sampai dia nangis... ann xde adik pompuan kecik...adik pompuan ann yg bongsu dh tingktn 3, jd dik su dgn adawiah la jadi mangsa ann.





yang paling menarik dgn adawiyah ni.... dia suka warna hijau...sama dgn ann... kalau ann blik kg msti dorg yg ann cari dulu...

antara dua org ni dik su la yg selalu ann jumpa coz sblh rumah jer... klau adawiyah jauh ckit... tp dua2 an sayang... ni pun xsabar nak balik...sblm blik pening dok pk apa yg ann nak bag kat dorg.... last ann belu gula2 je kot...(kedekut punya org)...

k la ann citer lain lak ek...

Friday, January 9, 2009

ILMU FARAID


Definisi Ilmu Faraid

Faraid berasal daripada perkataan arab iaitu jamak kepada Faridhah ( فريضة) dan asalnya daripada perkataan Fardh ( فرض ) yang bererti al-Taqdir ( التقدير ) yang bermakna " yang ditaqdirkan " atau " yang ditentukan ".

Ilmu Faraid ialah ilmu Pembahagian Harta Pusaka di namakan juga ilmu Pewarisan ( الميراث علم ) atau ilmu al-Tarikah ( علم التركة ) iaitu ilmu yang berkaitan dengan harta peninggalan si mati.

Beberapa definisi telah diberikan kepada ilmu faraid antaranya :

• Ilmu faraid ialah fiqah warisan dan ilmu hisab yang boleh menyampaikan kepada mengetahui apa yang telah difardhukan bagi setiap orang yang berhak mendapat harta peninggalan si mati
• Ilmu faraid juga ialah kaedah fiqah dan hisab yang mana dengan kaedah ini dapatlah diketahui hak setiap orang waris ke atas harta peninggalan si mati.

Hukum Pusaka

Pusaka ialah suatu hukum Islam yang disabitkan dengan nas al-Quran dan Sunnah serta Ijmak Ulama. Firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 7 :


Maksudnya : Bagi orang-orang lelaki ada bahagian daripada apa yang telah ditinggalkan oleh kedua ibu bapa dan kerabatnya, dan bagi orang-orang perempuan ada bahagian apa yang telah ditinggalkan oleh kedua ibu bapa mereka sama ada sedikit atau banyak merupakan bahagian yang ditetapkan.


Dalil daripada hadis pula ialah :


قوله صلى عليه وسلم : ألحقوا الفرائض بأهلها فما بقي فلأولي رجل ذكر

(رواه البخاري)

Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : Hubungkan faraid itu kepada ahlinya, maka mana-mana yang lebih ( baki ), maka ia menjadi kepunyaan orang lelaki.

Manakala ijmak ulamak pula memutuskan bahawa faraid telah diperundangkan dan tidak ada seorang Islam pun yang berbeza pendapat berhubung dengan hukumnya.


Thursday, January 8, 2009

WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG...(KISAH BENAR )

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah ini biarlah tersemat didalam jiwa... Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang). Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun. Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% saya perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya. Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. "Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga." "Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat." "Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga." "Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)." Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam -she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband- Dari Abdullah bin 'Amr lah.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!


p/s: lupa dh dr mn dpt artikel ni...tp utk tatapan sahabat2 sbg pengajaran