1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam
darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan
nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa
mental otak.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar
dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan
protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu
perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manu! sia.
Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke
otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang
panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih
banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa
kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang
sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan
otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita.
Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan
otak menurun.
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang a! ktif. Oleh
itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan
otak kita.
KELAHIRAN Rasulullah SAW membawa risalah berasaskan dasar yang utuh dan kehadirannya membawa rahmat untuk sekalian alam. Justeru, umat Islam perlu faham rahmat itu dengan mengkaji risalah Nabi Muhammad SAW serta mengamalkan dalam kehidupan seharian.
Mengingati Rasulullah SAW sekali setahun ketika 12 Rabiulawal (berdasarkan pendapat masyhur mengenai tarikh kelahiran Baginda SAW) atau 9 Rabiulawal (pendapat sahih) saja tidak memadai.
Pensyarah Jabatan al-Quran dan Hadis Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata risalah Nabi Muhammad SAW yang kekal hingga hari ini sebaliknya perlu menjadi panduan sepanjang masa.
Katanya, Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW sudah jelas dan ada asas lengkap kerana Baginda yang mempatenkan wahyu Allah supaya dapat difahami dengan mudah serta dipraktikkan umat Islam dalam hidup mereka.
“Allah kata dirikan solat tetapi tidak diberitahu bagaimana dan bila. Begitu juga dengan suruhan tunaikan haji. Semua itu tunjukkan Rasulullah SAW dan wajar ia menjadi panduan kekal,” katanya.
Beliau menyampaikan ceramah pada majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Jabatan Agama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di surau NSTP, Balai Berita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dr Fauzi turut menggariskan tiga asas lengkap yang dianjurkan Islam dan dibawa Rasulullah SAW sebagai panduan untuk membangunkan masyarakat baru iaitu iman (akidah), ilmu yang betul dan harta.
Beliau berkata, iman adalah tonggak usaha pembangunan umat Islam kerana akidah boleh menjadi benteng menghadang perbuatan melampaui batas dan tanpanya apa juga dilakukan tidak menghasilkan keputusan diharapkan.
Justeru, katanya, pandangan Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai akidah perlu dijadikan teras supaya setiap tindakan yang diambil berpandukan ajaran yang benar bukan dibuat tanpa sebab atau matlamat.
“Al-Qaradawi berkata akidah dalam Islam mudah dengan syarat umat Islam faham. Akidah bermakna beriman dengan Allah dan caranya ialah memahami apa yang Allah ceritakan. Semua itu ada dalam wahyu diturunkan.
“Contohnya surah al-Ikhlas yang menceritakan keesaan Allah. Jika kita faham ayat itu, ia bukan sekadar percaya wujudnya Allah tetapi seruan mengabdikan diri kepada Allah dan hukum hakam syarak yang dibina atas tuntutan itu,” katanya.
Asas kedua dalam pembinaan umat Islam ialah ilmu yang diamalkan secara betul mengikut syariat dan ketiganya, harta yang dibelanjakan ke jalan diredai Allah.
Dr Fauzi berkata, ilmu yang dipelajari perlu menjurus seseorang itu kepada melakukan kebaikan dengan dia tahu apa dihalalkan serta diharamkan kerana ilmu yang ada tidak akan memberi manfaat jika disalah guna.
Begitu juga dengan harta kekayaan kerana Islam tidak menghalang umatnya mencari kekayaan dan tidak memusuhi kekayaan dengan syarat rezeki diperoleh dibelanjakan secara berhemat, tidak berlaku pembaziran.
“Kita perlu pandai urus kekayaan kerana kita akan ditanya dari mana kekayaan itu dan dibelanjakan untuk apa. Hakikatnya, risalah Islam dibawa Rasulullah SAW sudah jelas dan kita hanya perlu ikut panduan diberi,” katanya.
Oleh Hasliza Hassan
SUMBER:Berita Harian
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa mendahulukan kemahuan dan keinginan suaminya dari kemahuan dan kehendaknya sendiri.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun pada setiap perkataan dan perbuatan.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa berhias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersedia melayani dan memenuhi kehemdak batiniah dan zahiriah suami bila diperlukan.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan kesempurnaan diri, rumah tangga dan anak-anak suaminya.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia mencintau dan menyayangi keluarganya sendiri.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga auratnya dari pandangan yang bukan mahramnya.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga pandangan matanya dari perkara-perkara yang tidak sihat dan mungkar.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan itu tidak bertentangan dengan perintah syariat.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya dan membuatkan suaminya merasakan rumah tangganya itu sebagai tempat yang paling selamat untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga rahsia serta maruah suami dan keluarganya, demikian juga dengan maruahnya sendiri.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjadukan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka sesuai dengan sifat-sifat yang telah dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah kerana sesuatu hajat yang diharuskan oleh syara’.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasamemohon keizinan suaminya jika mahu mengerjakan puasa sunat.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersyukur dan tenang di atas segala dugaan dan nikmat dari Allah yang diberikan kepada suaminya.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan seyuman bila ia pulang.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumah ketika ketiadaan suami.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan segala perintah Allah dengan tabah dan sabar.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa berdiam diri dan mendengar bila suaminya sedang bercakap.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang tidak meminta sesuatu yang lebih dari suaminya sedangkan ia tidak mampu untuk menunaikannya.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menerima pemberian suaminya dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan.
- Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang bijak menguiruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana dan tidak membazir.
Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia membahayakan. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.Jangan tidur selepas solat Subuh, nantirezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula. Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.Jangan banyak ketawa.Nanti mati jiwa. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN..Sebab semuanya untuk keselamatan kita.ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
**ini bkn kisah sy...tp email dr sorg sahabat...just utk perkongsian bersama**
Mak……..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari. Dah hampir sepuluh tahun mak pergi, rasanya baru semalam mak peluk kita kan sejuk syahdu masih terasa lagi ini....
Mak tau tak.....itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kita dewasa.…dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh....nak tinggal kan anak2 mak.....nak tinggal kan dunia fana ni.....mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....kakak pun rasa hairan.....mak tak pernah buat begitu.....lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan..
lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....lepas itu mak jemur karpet-karpet...lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas mak..ada kat dalam almari.....ada kat dalam beg.....ada dalam ASB.....ada kat dalam Tabung Haji..mak cakap tak berapa cukup lagi....ada kat dalam gulung tikar.....masa tu mak perasan takk..??kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar...kita kata mak ni memang pesenn lama laaa...mak cuma gelak saja...eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....bila malam tu kita sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampung semua dah pujuk.....mak tetap takmau pergi hospital.....dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.....tapi kita berkeras juga pujuk..nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut saja..Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil...tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....
Mak.....
amponkan kami semua...kami nak mak sihat...kami sayang mak...kami tak mahu mak sakit...kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....ampon kan kami ye mak....
Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kita...Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kita kata nak beli kereta....Mak asyik tanya saja..cukup ke duitt..kita jawab pula...kalau tak cukup,mak kan banyak duit...mak gelak ajerr.....Lepas tu bila kereta kita sampai.....mak buat kenduri kesyukuran.....Dan kita masih ingat lagi...bila kita eksiden terlanggar keling naik motor.....Punya lah kita takut...kita warning kakak kita jangan sesekali bagitahu kat mak.....Bila balik sahaja kampung....kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj.....Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya Kenapa...?Selamba saja kita jawab terlangar pokok bunga.....Mak....tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau...Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...mak, kita menipu mak kan...ampon kan kita....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba saja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih.....mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital...Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita mamandu dalam keadaan separuh sedar...Adik kat sebelah diam melayan perasann...Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...jalan di depan terasa makin kelam.....airmata dah tak mampu di tahan....Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga. di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong....sekosong hati ini.....Sepanjang perrjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....terasa syahdu dan sayu begitu...dinginnnn....
Mak.....
kita masih ingat lagi...kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....kita gosok kaki mak perlahan lahan.....Mak perasan tak...?Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita.....Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat begitu...jangan
nangis ya.." Bila makcik tu kata begitu...lagi laaaa laju airmata ni..tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak.....
Sampai takat ini surat ni kita tulis.....kita nangis ni.....Ni kat dalam bilik...baru pukul 4.00 pagi....tak ada orang yang bangun lagi.....kita dengar nasyid tajuk "anak soleh"kita sedih...kita rindu kat mak..! Takpa lah.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kita baca yassin untuk mak...mak tunggu ya...!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja...Mak rasa tak....masa tu kita sentuh dahi mak...
kita rasa sejukkkk sangat dahi makk.....kita tak mampu nak cium mak...kita tak daya....kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...Airmata kita tak boleh tahan....Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak....Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik..badan akak terasa panas...makk...anak mak yang seorang tu demam....Mak tauu...cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan, entah Kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak lepas itu apa lagi...semakin kita tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kita cuba bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...kita rasa nak telefon mak...nak cakap dengan mak....anak mak yang ni dah tak betul kan..????Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong...kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi. Puas lah kakak memujuk kita...Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini
saja mak yang susah kat sana.." Dan akhirnya akak juga nangis.....Agaknya mak nampak adegan tu...sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...mengharap sedekah dari anak2 nya...Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...rasa nyilu sangat....menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kita berikan.....
Mak....
cukup lah sampai sini dulu....kawan kita dah ketuk pintu bilik tu....kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...selalunya, kita yang bawak mak naik motor kan...kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak...esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat ini...lepas itu kawan kita bagitahu...simpan saja buat kenangan..kita cuma tau alamat ni aje...tak mengapa ye mak...kita kasi orang lain baca...kita stop dulu...sebab kawan kita dah lama tunggu tu. akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita...memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah...sampai masuk univerisiti....sampai kita boleh rasa naik kapal terbang...boleh rasa duduk kat negara orang.....Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas..
Sekian terimakasih.
Yang Benar
~Anak mak yang dah tak degil
Pesanan:
· Hargailah kewujudan mak kita
· Hargailah segala pengorbananan mak
· Berbaktilah selagi mereka masih hidup dan jangan sesekali membantah segala suruhannya yang baik
· Merendahkan suara ketika berbicara
· Ingatlah kita hanya ada satu ibu dan satu bapa saja dalam dunia ini..dan sekiranya Allah menjemput salah seorang atau kedua-duanya, kita tidak akan bertemu lagi dengan mereka sehinggalah hari kebangkitan nanti.
· Doa anak yang soleh sahaja yang dapat meringankan beban seksa ibu dan bapa kita.