SeDih keRana berJauhan deNgan keluaRga, itulah haRga sebuah peRjuangan hidup. SeDih keRana teRingatkan amaLan keRana masih di baWah kaki buKit, elokLah di tingkaTkan dalam masa kita masih teRsedaR ini. Sedih keRana maCam-maCam ujian yang menimpa diri, itulah haRga untuk Tiada Tuhan seLain ALLAH...

Saturday, July 30, 2011

pengakhiran....

setelah sekian lama...akhirnya aku temui penghujung...penghujung yang menamatkan perjalanan sebuah perhubungan...air mata mengiringi, kesedihan memyungi... terkilan kerana semuanya sudah berkubur... ini yang Allah dh tentukan untuk cerita hidupku, cerita yang dilakonkan oleh aku sendiri sebagai watak utama.. setelah sekian lama aku menyepi, kerana kesibukan tugas kini aku kembali untuk mengisi kesepian blog ini...sesepi hati dan hidupku pada hari-hari yang akan mendatang....
setiap kali hubungan yang aku impikan berakhir di jinjang pelamin terputus di tengah jalan...kerana ego??? kerana tidak pandai menghargai??? atau kerana takdir??? tidak sekali aku menyalahkan takdir, kerana jalan ini yang aku pilih, aku memilih untuk kecewa, aku memilih untuk menambah luka di hati, aku memilih untuk mnguburkan segala yang berlaku antara aku dan dia di sini... dikuburkan tanpa nisan, disemadikan tanpa talkin... semoga damai jauh di sudut hati....
sesungguhnya hati ini berkali-kali terluka, namun kerana cinta, ia tidak pernah serik, tidak pernah jemu... hidup untuk menyintai dan dicintai sehingga aku alpa dan terlupa pada cinta hakiki...kini aku sedar 1 kekasih yang tak akan pernah mengecewakan, iaitu Allah, Maha mendengar segala rintihan, Maha mengetahui kehendak dan keinginan hati ini....
panggillah aku kepadaMu Ya Allah,... aku malu kerana sudah berkali-kali juga aku berjanji, kemudian aku mungkiri, tapi Engakau tetap Maha Pemurah, Maha penyayang,... janjiMu adalah pasti dan kasihMu tiada bertepi....
kepada si dia yang telah bersemi di hati ini, sesungguhnya ruang itu masih lg terisi dengan namamu, tidak pernah aku membenci dirimu... biarlah segalanya hanya Allah yang tahu dan biarlah dia yang menentukan segalanya....

1 dh bace komen la:

Rasydan said...

Peluang sentiasa ada untuk kita..

Post a Comment