SeDih keRana berJauhan deNgan keluaRga, itulah haRga sebuah peRjuangan hidup. SeDih keRana teRingatkan amaLan keRana masih di baWah kaki buKit, elokLah di tingkaTkan dalam masa kita masih teRsedaR ini. Sedih keRana maCam-maCam ujian yang menimpa diri, itulah haRga untuk Tiada Tuhan seLain ALLAH...

Thursday, March 26, 2009

3 soalan terjawab.......

Pada suatu masa ada seorang yang memusuhi Allah. Ia suka menanyakan tiga soalan dan tiada siapa yang boleh menjawabnya. Bahkan ulama-ulama di Baghdad pun tidak dapat menjawabnya. Ini menyebabkan ia semakin menjadi-jadi memperleceh Islam.
Pada suatu hari seorang anak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun datang dan mendengar cabaran yang dibuat oleh lelaki tersebut. Lelaki ini mencabar siapa sahaja untuk menjawab soalannya. Anak lelaki itu diam dan memerhatikan sahaja. Kemudian ia nekat untuk menyahut seruan lelaki itu. Ia kemudiannnya berjalan ke arah lelaki itu dan berkata, "Aku sahut cabaranmu" Lelaki itu ketawa dan tambah memperleceh lagi
orang-orang Islam sambil berkata, "Anak berumur 10 tahun menyahut seruanku? Ini sajakah yang mampu kamu adakan?" Anak lelaki itu dengan tenang mengulangi sekali lagi hasratnya. Ia akan menyaht
cabaran lelaki ini dan dengan pertolongan dan petunjuk Allah ia akan menundukkan lelaki ini. Lelaki itu akhirnya bersetuju. Maka ramailah orang berkumpul di sekeliling bukit kecil di mana selalunya rapat-rapat umum diadakan.
Maka lelaki yang bongkak itu pun naik ke atas bukit dan dengan suara yang kuat ia menanyakan soalan pertama,
"Apa yang sedang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?"
Anak lelaki itu berfikir sejenak dan tak lama kemudian ia meminta lelaki itu turun dari atas bukit supaya ia boleh naik dan menjawab soalan itu.
Lelaki itu dengan nada yang agak marah berkata,
"Apa? Kau mahu aku turun?"
"Ya!" jawab anak lelaki itu. "Kau hendak aku jawab, bukan?"
Akhirnya lelaki itu turun dan itu dengan kakinya yang kecil naiklah ke atas bukit. Lalu ia berkata, "Ya Allah yang Maha Gagah. Engkaulah menjadi saksi di hadapan orang ramai ini. Kau baru sahaja mentakdirkan orang kafir ini turun ke aras yang rendah dan orang yang beriman ke atas yang tinggi".
Mendengar jawaban anak ini orang ramaipun bersorak sambil bertakbir, "Allah-hu-akbar! !!"
Lelaki itu pun rasa terpukul tetapi masih tidak jera lalu menanyakan soalan kedua.
Soalnya, "Apa yang wujud sebelum Tuhan?" Anak lelaki itupun bertafakkur. Lalu ia meminta lelaki itu mengira dari 10 ke belakang. Lelaki itu pun mengira, "10, 9 ,8 , 7 , 6, 5, 4, 3, 2, 1,0" Lalu anak lelaki itupun bertanya, " Apa yang wujud sebelum 0 ?"
Jawab lelaki itu, "Tak tahu ....... tiada" Anak lelaki itupun
berkata, "Tepat sekali. Tiada sebelum Allah, Dia kekal abadi".
Orang ramai bersorak lagi sambil bertakbir, "Allah-hu-akbar! !!!" Lelaki itu mula putus asa tetapi meneruskan dengan soalan ketiga,
" Ke arah mana Allah menghadap? "
Seperti tadi anak lelak itu pun berfikir sejenak. Lalu ia meminta sebatang lilin. Sebatang lilin dibawakan kepadanya lalu ia memberikannya kepada lelaki tadi. Ia meminta lelaki itu menyalakan lilin berkenaan. Lelaki itu menyalakan lilin itu sambil berkata,
"Apa yang kau ingin buktikan?"
Anak lelaki itupun bertanya, "Ke arah manakah cahaya lilin itu memancar?" Lelaki itu menjawab, "Tentulan ke semua arah". Anak lelaki itupun berkata, "Kau telah menjawab soalanmu sendiri. Cahaya Allah memancar ke semua arah. Dia ada di mana-mana. Tiada tempatpun
Dia tiada. Orang ramaipun bersorak lagi sambil bertakbir, ""Allah-hu-akbar! !!" Lelaki itu kagum dan hatinya tersentuh dengan kepandaian anak itu lalu ia menjadi penganut Islam dan belajar dengan anak itu.
Tahukah anda siapa anak lelaki itu? Ia adalah salah seorang imam mazhab besar dalam ahli sunnah wal jamaah. Imam Abu Hanifah.


Monday, March 23, 2009

:: Hakikat hidup ini ::

Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......
Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera Justify Fullrumah tangga.. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......
Kerana Dia Manusia Biasa ...
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?
Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi.
Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.
Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, Dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.
Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka Berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.
Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.
Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. . ..!!!
Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan Untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).
Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.
Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.
Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.
Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.
Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa Kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur. "Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.
Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.
"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.
Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .........
Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
Kepada Yth ........
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya
Assalamu'alaikum Wr Wb
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.
Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ..... Untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.
Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.
Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.. Cinta saya juga biasa saja.
Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.
Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.
Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.
Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak Berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.
Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho Dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin
Wassalamu'alaikum Wr Wb
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ***
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.
Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.
Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia......?"
"Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.
Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.
"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.
Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?"
"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.
Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur Segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang Tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.
Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.
Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.
Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.
Maka semua menjadi indah.
Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.
Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?
Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.
Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).
Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
Wallahu 'alam.


Sunday, March 22, 2009

2 KESAKITAN

Dalam hidup ini, manusia akan menghadapi 2 kesakitan. Haish :-) pelik bukan? Apa 2 kesakitan tersebut?



” Dalam hidup manusia akan menghadapi 2 kesakitan.

Sakit kerana mendisiplin diri atau sakit kerana menyesal.”

Kedua-duanya adalah sakit dan anda tidak mampu untuk mengelaknya. Tetapi yang membezakan kedua-dua kesakitan ini adalah tempoh masanya. Kesakitan mendisiplin diri hanya dirasai dalam tempoh yang pendek sahaja. Iaitu mungkin sekitar 2-6 bulan sahaja. Contoh di mana seorang pelajar mendapat ‘sakit‘ dalam mendisplin diri belajar dan mengulangkaji pelajaran untuk memperolehi keputusan yang cemerlang.

Tetapi kesakitan kerana menyesal mengambil tempoh yang lebih lama untuk pulih. Lebih teruk lagi, mungkin ianya tidak terubat seumur hidup anda.

Kata orang, ” Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya.”

Jadi, apa pilihan anda?

"tepuk dada tanya IMAN!!!!!"

Friday, March 20, 2009

Dakwah vs Study

“Lia, jomlah pergi usrah Lia, jomlah berdakwah Lia, ummah semakin koyak Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya.”

“ Aku tidak mahu. Aku kena study! Markah semester lepas dah cukup teruk. Gara-gara dakwah, tarbiah dan program! Aku menyesal mengikuti semua itu. Bosan!! Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke islam tu syumul? Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah! Esok kalau dah berjaya, aku buatlah kerja dakwah tu. Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku, kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam..”

“ Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit ...”

“Jongkang jongkit? Apa kau merepek ni? “

“Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongkit. Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah. Tu bukan dakwah namanya. Dan tu bukan belajar namanya!”

“ Habis tu? Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus. Tak boleh inversely proportional.”

“ Apa maksud kau?”

“ Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya”

“Aku tidak faham!”

“ Tak pe, aku terangkan. Macam gini, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang mitokondria misalnya, boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria tu. Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri. Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta. Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah. Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah. Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja. Sebab apa? Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu”.

“ Aku tak pernah rasa semua itu. Lain tuh! Selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?”

“ Tak, itu bukan maksud aku! Cuma kena checklah sikit hati tu. Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah.

“ Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?”

“ Ok, aku berikan contoh. Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, terdetik tak kat hati, banyak lagi yang tidak habis belajar. Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi! Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati. Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah.

Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya.

Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.

“ Lia dah faham. Lia kena banyak muhasabah. Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah Lia yang tahu hukum berdakwah tapi tidak mengerjakan kerja tersebut”

“Lia, sahabatku, seorang ibu pernah mengatakan, aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam. Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku. Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah. Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya. Lia, aku ingin berkongsi dua kisah, Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna dan kedua kisah sahabatku di Indonesia. Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama. Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna bukan? Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya. Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna; itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik. Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah ;


"Ya Allah,
kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya? Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.
Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya!"

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab;

‘Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.’

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini Aya. Aya memerlukan tongkat untuk berjalan. Aya tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan Aya, dia ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah. Keinginan Aya tercapai. Bila Aya belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila Aya berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila Aya menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila Aya mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman. Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu Aya berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan Aya dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Dengan kecacatanya, Aya masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama.

Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum? Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah. Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya. Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan. Umat Islam harus meningkat. Hidup ini tiada erti tanpa perjuangan. Perjuangan yang sebenar pasti meninggalkan parut dan memerlukan pengorbanan. Kata Saidina Umar,

Tegakkan Islam dalam dirimu,
nescaya akan tertegak Islam di bumimu

www.iLuvislam.com
Wanita sinaran islam
editor: everjihad


Wednesday, March 18, 2009

10 Tabiat yang boleh merosakkan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam
darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan
nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa
mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar
dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan
protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu
perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manu! sia.
Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke
otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang
panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih
banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa
kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang
sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan
otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita.
Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan
otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang a! ktif. Oleh
itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan
otak kita.

Monday, March 16, 2009

PANDUAN LENGKAP MEMBINA UMMAH

KELAHIRAN Rasulullah SAW membawa risalah berasaskan dasar yang utuh dan kehadirannya membawa rahmat untuk sekalian alam. Justeru, umat Islam perlu faham rahmat itu dengan mengkaji risalah Nabi Muhammad SAW serta mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Mengingati Rasulullah SAW sekali setahun ketika 12 Rabiulawal (berdasarkan pendapat masyhur mengenai tarikh kelahiran Baginda SAW) atau 9 Rabiulawal (pendapat sahih) saja tidak memadai.

Pensyarah Jabatan al-Quran dan Hadis Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata risalah Nabi Muhammad SAW yang kekal hingga hari ini sebaliknya perlu menjadi panduan sepanjang masa.

Katanya, Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW sudah jelas dan ada asas lengkap kerana Baginda yang mempatenkan wahyu Allah supaya dapat difahami dengan mudah serta dipraktikkan umat Islam dalam hidup mereka.

“Allah kata dirikan solat tetapi tidak diberitahu bagaimana dan bila. Begitu juga dengan suruhan tunaikan haji. Semua itu tunjukkan Rasulullah SAW dan wajar ia menjadi panduan kekal,” katanya.

Beliau menyampaikan ceramah pada majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Jabatan Agama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di surau NSTP, Balai Berita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Fauzi turut menggariskan tiga asas lengkap yang dianjurkan Islam dan dibawa Rasulullah SAW sebagai panduan untuk membangunkan masyarakat baru iaitu iman (akidah), ilmu yang betul dan harta.

Beliau berkata, iman adalah tonggak usaha pembangunan umat Islam kerana akidah boleh menjadi benteng menghadang perbuatan melampaui batas dan tanpanya apa juga dilakukan tidak menghasilkan keputusan diharapkan.

Justeru, katanya, pandangan Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai akidah perlu dijadikan teras supaya setiap tindakan yang diambil berpandukan ajaran yang benar bukan dibuat tanpa sebab atau matlamat.

“Al-Qaradawi berkata akidah dalam Islam mudah dengan syarat umat Islam faham. Akidah bermakna beriman dengan Allah dan caranya ialah memahami apa yang Allah ceritakan. Semua itu ada dalam wahyu diturunkan.

“Contohnya surah al-Ikhlas yang menceritakan keesaan Allah. Jika kita faham ayat itu, ia bukan sekadar percaya wujudnya Allah tetapi seruan mengabdikan diri kepada Allah dan hukum hakam syarak yang dibina atas tuntutan itu,” katanya.

Asas kedua dalam pembinaan umat Islam ialah ilmu yang diamalkan secara betul mengikut syariat dan ketiganya, harta yang dibelanjakan ke jalan diredai Allah.

Dr Fauzi berkata, ilmu yang dipelajari perlu menjurus seseorang itu kepada melakukan kebaikan dengan dia tahu apa dihalalkan serta diharamkan kerana ilmu yang ada tidak akan memberi manfaat jika disalah guna.

Begitu juga dengan harta kekayaan kerana Islam tidak menghalang umatnya mencari kekayaan dan tidak memusuhi kekayaan dengan syarat rezeki diperoleh dibelanjakan secara berhemat, tidak berlaku pembaziran.

“Kita perlu pandai urus kekayaan kerana kita akan ditanya dari mana kekayaan itu dan dibelanjakan untuk apa. Hakikatnya, risalah Islam dibawa Rasulullah SAW sudah jelas dan kita hanya perlu ikut panduan diberi,” katanya.

Oleh Hasliza Hassan
SUMBER:Berita Harian

Sunday, March 15, 2009

CIRI-CIRI WANITA TELADAN DAN ISTERI SOLEHAH

  1. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa mendahulukan kemahuan dan keinginan suaminya dari kemahuan dan kehendaknya sendiri.
  2. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun pada setiap perkataan dan perbuatan.
  3. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa berhias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami.
  4. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersedia melayani dan memenuhi kehemdak batiniah dan zahiriah suami bila diperlukan.
  5. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan dan kesempurnaan diri, rumah tangga dan anak-anak suaminya.
  6. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia mencintau dan menyayangi keluarganya sendiri.
  7. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga auratnya dari pandangan yang bukan mahramnya.
  8. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga pandangan matanya dari perkara-perkara yang tidak sihat dan mungkar.
  9. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan itu tidak bertentangan dengan perintah syariat.
  10. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya dan membuatkan suaminya merasakan rumah tangganya itu sebagai tempat yang paling selamat untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan.
  11. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjaga rahsia serta maruah suami dan keluarganya, demikian juga dengan maruahnya sendiri.
  12. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menjadukan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka sesuai dengan sifat-sifat yang telah dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.
  13. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah kerana sesuatu hajat yang diharuskan oleh syara’.
  14. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasamemohon keizinan suaminya jika mahu mengerjakan puasa sunat.
  15. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersyukur dan tenang di atas segala dugaan dan nikmat dari Allah yang diberikan kepada suaminya.
  16. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan seyuman bila ia pulang.
  17. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumah ketika ketiadaan suami.
  18. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan segala perintah Allah dengan tabah dan sabar.
  19. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa berdiam diri dan mendengar bila suaminya sedang bercakap.
  20. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang tidak meminta sesuatu yang lebih dari suaminya sedangkan ia tidak mampu untuk menunaikannya.
  21. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa menerima pemberian suaminya dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan.
  22. Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang bijak menguiruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana dan tidak membazir.