SeDih keRana berJauhan deNgan keluaRga, itulah haRga sebuah peRjuangan hidup. SeDih keRana teRingatkan amaLan keRana masih di baWah kaki buKit, elokLah di tingkaTkan dalam masa kita masih teRsedaR ini. Sedih keRana maCam-maCam ujian yang menimpa diri, itulah haRga untuk Tiada Tuhan seLain ALLAH...

Sunday, February 8, 2009

UJIAN, DUGAAN DAN CABARAN

Asslamulaikum... salam ukhwah kpd semua sahabat yg sentiasa mengunjungi blog ni... dah lama sy tak berkesempatan post kt blog ni coz sibuk dengan assgment dan presentation... hari minggu ni aa kem...Kem kemahiran guru, tp atas masalah yg tak dapat di elakkan sy xberpeluang untuk join... mungkin lain kali.. kesempatan yang ada seminit dua ni, sy rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak maklumat dan ilmu yang saya dapat dari pembacaan dan pengalaman...(mcm byk lak pengalama)

hidup kita ni tak akan terlepas dari dugaan dan cabaran kan? begitu juga dengan ujian... dalam hidup ni ada mcm2 ujian, dr sekecil2 perkara sampai kpd perkara yang besar semuanya ada ujian, dugaan dan cabaran, betul tak? tapi terpulang kpd kita mcm mn nak handle semua 2... kita blh hadapi ke x...atau kita terus putus asa? kita yg mn satu?? golongan yg kuat ke golongan yg putus asa? hany jauhari yg kenal manikam...

Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 286


maksudnya:Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

dari ayat ini jelaslah bahawa setiap ujian, dugaan dan cabaran yang kita hadapi Allah turunkn mengikut kemampuan kita... tapi klau tak mampu nak hadapi?? itu kena tgk diri kita sendiri, mungkin ada silapnya krn org yang beriman akan tabah dan redha dengan apa yg Allah turunkan.

sama gak kalau ujian kat sekolah kn? soalan mesti mengikut apa yg kita dh belajar.... klau keluar soalan tajuk atau bab yg kita tak belajar takde la orang yg lulus jawabnya, kerana ilmu manusia ni terbatas... tahu bila dipelajari, bertambah apabila berkongsi....ilmu ni akan bertambah kalau kita kongsi bkn makin berkurang.....

faham ke tak kenapa ilmu kita akan bertambah bila dikongsi?
ok la sy terangkan sikit...ilmu ni klau kita baca jer jarang nak melekat kt dalam kepala, klau kita tulis kita kan ingat, ada yg kita kan ingat secara kekal ada yang kita akan ingat secara sementara... tp kalau kita sebarkan ilmu itu, insyaAllah kita akan ingat dan kemahiran kita terhadap ilmu tersebut akan bertambah apatah lagi klau byk2 kali diulang...g2 lah lebih kurang...

balik bab ujian, dugaan dan cabaran.... kita mesti sedar bahawa semua masalah ada jalan penyelesaiannya.. cuma lambat atau cepat je masalah itu dapat diselesaikan.. usaha, doa dan tawakal, hanya pada Allah sebaik2 tempat kita mengadu dan meminta pertolongan...(klau diri ini sendiri pun mesti gtau mak dlu :-) ) ttp secara fitrahnya klau kita dpat ujian apa yg kita akan sebut dlu?? "Ya Allah" kan?? samada kita sedar atau tak jer...

sebut pasal pertolongan Allah ni ingat tak kisah hijrah nabi?? mesti ingat kn... kisah ni popular la, masa malam nabi nak berhijrah ke Madinah... Nabi mintak saidina Ali gantikan tempat tidur baginda kn? Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda tanpa dapat dikesan oleh pihak musuh, padahal rumah itu telah dikepung dengan ketat... semasa di gua Thur kekuasaan Allah memerintahkan labah-labah membuat sarang bagi menutup pintu gua sehingga pihak musuh tidak syak bahawa didalamnya ada Rasulullah... begitulah perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan dakwah, ia tidak cukup dengan usaha tetapi juga memerlukan pertolongan Allah. begitu juga sebaliknya pertolongan Allah tidak akan datang tanpa usaha.

ok lah...rasanya ni jer yang dapat sy kongsikan dengan sahabat semua...insyaAllah kalau diizinkan Allah sy akan kongsikan lg dengan sahabat.

salam ukhwah dan salam perjuangan.

0 dh bace komen la:

Post a Comment