SeDih keRana berJauhan deNgan keluaRga, itulah haRga sebuah peRjuangan hidup. SeDih keRana teRingatkan amaLan keRana masih di baWah kaki buKit, elokLah di tingkaTkan dalam masa kita masih teRsedaR ini. Sedih keRana maCam-maCam ujian yang menimpa diri, itulah haRga untuk Tiada Tuhan seLain ALLAH...

Wednesday, September 2, 2009

TEMBIKAI

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi
r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu
pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai
itu untuk dimakan, ternyata buah
tembikai itu tidak elok,
maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan
marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli,
penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar
pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan
yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang
terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya
yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada
Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan
redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan
apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

moga mendapat i'tibar dari kisah ini.Insyaallah.

0 dh bace komen la:

Post a Comment