Monday, March 9, 2009
Saturday, March 7, 2009
Tanah Yang Diambil Untuk Dijadikan Nabi Adam a.s
Menurut para 'ulama bahawa tanah-tanah yang diambil untuk dijadikan bahan untuk Allah s.w.t menciptakan Adam a.s adalah tanah-tanah dari
seluruh pelusuk dunia.Tanah-tanah tersebut adalah seperti berikut:
Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
Tanah Bukit Tursina
Tanah Iraq
Tanah Aden
Tanah Al-Kautsar
Tanah Mekah iaitu tempat bakal berdirinya Baitullah
Tanah Paris
Tanah Khurasan
Tanah Babylon
Tanah India
Tanah Tha'if
Tanah dari Syurga Firdaus
Kata Ibnu Abbas .a;
Kepala Adam a.s dari tanah Baitul Muqaddis,kerana di situlah berada otak manusia dan juga akal.
Telinganya dari tanah Bukit Tursina,kerana ia adalah alat pendengaran dan tempat menerima nasihat.
Dahinya dari tanah Iraq,kerana di situlah tempat sujud kepada Allah s.w.t
Mukanya dari tanah Aden,kerana di situlah tempat berhias dan tempat kecantikan.
Mata dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat untuk menarik perhatian.
Giginya dari tanah Al-Kautsar,iaitu tempat untuk bermanis-manis.
Tangan kanannya dari tanah Kaabah (Baitullah),tempat yang mulia untuk mencari keredhaan Allah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
Tangan kirinya dari tanah Paris,kerana digunakan untuk berinstinjak.
Perutnya dari tanah Khurasan,iaitu tempat lapar dan haus.
Kemaluannya dari tanah Babylon.Di situlah tempat nafsu ghairah (berahi)atau naluri seksual dan tipudaya Syaitan untuk menjerumuskan manusia
ke lembah dosa.
Tulang-tulangnya dari tanah Bukit tursina,sebagai rangka sokongan dan alat peneguh tubuh manusia.
Dua kakinya dari tanah India,tempat berdiri dan berjalan.
Lidahnya dari tanah Tha'if,tempat mengucapkan syahadat,bersyukur dan berdoa kepada Tuhan.
Dan hatinya dari tanah Syurga Jannatul-Firdaus,kerana di situlah tempat iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
http://www.ukhwah.com/

Wednesday, March 4, 2009
PISANG DAN HATI.....
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

sumber:friendster
Monday, March 2, 2009
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
- Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
- Selalu makan makanan yang panas2
- Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
- Selalu minum air masak
- Selalu makan ulam2
- Selalu mengamalkan pandangan hijau
- Selalu bersenam
- Selau menggunakan imajenasi otak
- Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
- Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
- Jangan ego
- Jangan dengki pada orang lain
- Jangan makan dari sumber yang tidak halal
- Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
- Jangan makan makanan yang ada pewarna
- Jangan makan makanan yang ada pengawet
- Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
- Jangan mandi selepas 9.00malam
selamat beramal......
Sunday, March 1, 2009
SETIAP KALI
Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja
setiap kali ditimpa musibah
ku mengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah
oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini
seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku.
Subscribe to:
Posts (Atom)