SeDih keRana berJauhan deNgan keluaRga, itulah haRga sebuah peRjuangan hidup. SeDih keRana teRingatkan amaLan keRana masih di baWah kaki buKit, elokLah di tingkaTkan dalam masa kita masih teRsedaR ini. Sedih keRana maCam-maCam ujian yang menimpa diri, itulah haRga untuk Tiada Tuhan seLain ALLAH...

Friday, August 5, 2011

Rahmat Ramadhan

Ramadhan kembali lagi....Alhamdulillah aku dipertemukan lg dengan Ramadhan yang penuh keberkatan....Ya Allah berikan aku kekuatan untuk meneruskan amal ibadat kepadaMu dengan ikhlas...
1 Ramadhan juga keputusan yg aku buat untuk diri aku dan kepentingan diri sendiri sehingga aku sendiri yg menanggung peritnya...peritnya hanya Engkau yg mengetahui Ya Allah, sesungguhnya aku tidak inginkan semua ini berlaku..
terasa sakit bila tidak diendahkan, terasa perit bila tidak dipedulikan.... terasa sedih bila tidak dihiraukan... dalam pencarian suatu kepastian aku memilih jalan ini....kepastian yg hakiki kpd sebuah perhubungan, aku inginkan pengakhiran yg indah dan bahagia, berakhir di bawah rahmatMu Ya Allah....
berikan aku kekuatan dari kemuliaan Ramadhan, berikan aku kedamaian dari keberkatan Ramadhan... semoga aku sentiasa di bawah payung rahmat Mu Ya Allah...
jauhkan aku dari sifat marah, jauhkan aku dari sifat tidak ikhlas dalam menyampaiku ilmu Mu Ya Allah... berikan aku ketenangan untuk mendidik anak bangsa dalam menegakkan agamaMu...




Saturday, July 30, 2011

pengakhiran....

setelah sekian lama...akhirnya aku temui penghujung...penghujung yang menamatkan perjalanan sebuah perhubungan...air mata mengiringi, kesedihan memyungi... terkilan kerana semuanya sudah berkubur... ini yang Allah dh tentukan untuk cerita hidupku, cerita yang dilakonkan oleh aku sendiri sebagai watak utama.. setelah sekian lama aku menyepi, kerana kesibukan tugas kini aku kembali untuk mengisi kesepian blog ini...sesepi hati dan hidupku pada hari-hari yang akan mendatang....
setiap kali hubungan yang aku impikan berakhir di jinjang pelamin terputus di tengah jalan...kerana ego??? kerana tidak pandai menghargai??? atau kerana takdir??? tidak sekali aku menyalahkan takdir, kerana jalan ini yang aku pilih, aku memilih untuk kecewa, aku memilih untuk menambah luka di hati, aku memilih untuk mnguburkan segala yang berlaku antara aku dan dia di sini... dikuburkan tanpa nisan, disemadikan tanpa talkin... semoga damai jauh di sudut hati....
sesungguhnya hati ini berkali-kali terluka, namun kerana cinta, ia tidak pernah serik, tidak pernah jemu... hidup untuk menyintai dan dicintai sehingga aku alpa dan terlupa pada cinta hakiki...kini aku sedar 1 kekasih yang tak akan pernah mengecewakan, iaitu Allah, Maha mendengar segala rintihan, Maha mengetahui kehendak dan keinginan hati ini....
panggillah aku kepadaMu Ya Allah,... aku malu kerana sudah berkali-kali juga aku berjanji, kemudian aku mungkiri, tapi Engakau tetap Maha Pemurah, Maha penyayang,... janjiMu adalah pasti dan kasihMu tiada bertepi....
kepada si dia yang telah bersemi di hati ini, sesungguhnya ruang itu masih lg terisi dengan namamu, tidak pernah aku membenci dirimu... biarlah segalanya hanya Allah yang tahu dan biarlah dia yang menentukan segalanya....

Sunday, May 22, 2011

Seandainya Tuhan Mengizinkan....

Seandainya Tuhan mengizinkan
Ingin aku terus bersamamu
Biarpun pedih dugaannya
Rela aku menghadapinya dengan sabar

Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu

Tak pernah kutermimpi
Untuk bercinta denganmu oh sayangku
Tapi dah tersurat kita bertemu dan jatuh cinta

Sekiranya kau dapat terima aku seadanya
Itulah buktinya keihklasanmu

Andainya Tuhan megizinkan ingin menunaikan
Segala impian yang lama terpendam

Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu
Tiada siapa dapat melenyapkan cinta di hatiku
Hanya Tuhan saja yang berkuasa

Aku harap engkau masih menyayangi diri ini
Kerana kutidak sanggup berpisah denganmu
Kenangilah saat-saat indah percintaan kita
Semoga abadi kisah cinta kita

Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu

Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu
Selama-lamanya



Wednesday, May 18, 2011

sejarah mungkin berulang

kenangan sering menjelma...kenangan iu sering menghantui diri ini..aku biarkan semua berlalu, seolah0olah berpatah balik menjengah hati ini menjadikan aku tidak keruan... tidak ku pinta jadi begini kerana ia amat memritkan, aku redha dengan ketentuan aku, aku maafkan dia demi kebahagiaan dia... aku?? aku kecewa tapi sampai bila aku nak hambakan diriku pada kenangan yang telah menghancurkan hati aku? cinta tidak kesampaian, itulah istilah yang sering aku dengar dan aku rasa sekarang, perit pedih dan amat menyakitkan....

kenapa aku perlu menangis untuk sebuah perpisahan?? sia2 air mata ini, tidak kemana pun...perjalanan hidupmu perlu diteruskan sehingga sampai ke destinasi yang abadi...kita memang tidak akan lepas dari dugaan di tempat persinggahan...persinggahan yang sementara, yang hanya menjanjikan seribu kemanisan yang fana...kejarlah kebahagiaan abadi kerana itulah yang akan menjadi temanmu di destinasi....

usirlah kenangan yang akan membuat air matamu menitis lagi....air mata kekesalan...titiskan air mata keinsafan itu yang terbaik...kerana kasih Allah tiada bertepi...janji Allah adalah pasti...


Thursday, May 5, 2011

T.E.R.S.E.N.T.U.H

"tersentuh hati ini bila mendapat undangan walimah dari rakan-rakan...kenapa perlu aku merasa begitu?? doakan kebahagiaan mereka, dah takdirnya mereka mendahului kita.... sebenarnya dan sememangnya aku hanya manusia biasa yang inginkan kebahagiaan itu, mendambakan semunya berakhir dengan kebahagiaan,... tapi mungkin belum sampai masanya lagi...
menitis air mata ini setiap kali menatap kad undangan kahwin...kenapa??? tak perlu, tak sepatutnya aku merasa begitu, banyak lagi misi dan kerja perlu aku selesaikan sebelum aku melangkah ke alam perkahwinan...impian aku untuk mendirikan masjid di usia muda tidak kesampaian,...kerana kekasih hatiku telah berpaling tadah... salah siapa?? aku pun tidak tahu, apa yang aku tahu tiada jodoh antara kami....redha dan pasrah dengan ketentuan Allah...."

cerita demi cerita yang aku dengar dan baca membuatkan aku tersenyum sendirian... alangkah indahnya semasa kecil kita kan??? tak perlu untuk fikir dan menjawab soalan2 sebegini rupa...
apa ada pada umur??? nombor semata-mata.... yg penting ilmu dan pengalaman yang harus dikutip buat panduan hidup yang penuh pancaroba...
cuba memujuk hati sendiri, agar pasrah dengan ketentuan Ilahi, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya... buat saudara dan saudari pembaca...ingatlah jodoh dan pertemuan itu ketentuan Allah, rahsia Allah siapa yang tahu... ikhlaskan hati untuk menerima walaupun pahit bagai hempedu, kerana itu yang terbaik buat kita...
kepada adikku yang akan melangsungkan perkahwinannya nanti semoga bersedia untuk mengharungi badai lautan perkahwinan..maafkan kakakmu ini kerana tidak dapat sama2 meraikan hari bahagia...doa dari perantauan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan jadilah isteri yang solehah.